seismik

[VIDEO] Wanita Terkejut MyKad Disalah Guna, JKM Bagitahu Ada Rekod Miliki Anak Luar Nikah

Difahamkan, kad pengenalan miliknya pernah hilang pada tahun 2006.

Cover image via @cikgu_takaful (TikTok) & Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular di media sosial yang memaparkan seorang wanita mendedahkan bahawa kad pengenalan dirinya telah disalah guna oleh individu yang tidak bertanggungjawab

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikToknya, dia berkata perkara itu mula diketahuinya selepas dia menerima panggilan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Rembau pada baru-baru ini.

Menurutnya, dia berasa terkejut selepas pegawai JKM Rembau itu menyatakan bahawa dia mempunyai seorang anak yang tidak sah taraf.

“Dia semak IC, nama semua betul. Lepas itu dia cakap ‘puan ada ke anak tak sah taraf yang lahir pada tahun 2009’, kalau kita kira dari 2009 sampai sekarang umur budak itu dah 15 tahun.

“Bila dia tanya soalan anak tak sah taraf memang jujur rasa macam ‘bila masa aku mengandung?’. Cikgu tak pernah mengandung, bersalin dan alahan tiba-tiba ada anak luar nikah,” katanya.

JKM hubungi kerana ingin jaga kebajikan dan pindah hak milik penjagaan

Guru itu juga menyatakan bahawa pegawai tersebut memberitahunya yang pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengurus kebajikan remaja tersebut dan cuba untuk menukar hak penjagaan kepada nenek remaja tersebut.

Oleh itu, JKM meminta kehadiran Syuhadah di mahkamah untuk mendengar perkara tersebut setelah gagal menghubungi bapa kandung remaja tersebut.

Walaupun demikian, guru itu menegaskan kepada pegawai berkenaan bahawa dia bukanlah ibu kandung remaja tersebut.

Apa yang lebih mengejutkan adalah dia menyatakan bahawa rekod ibu tidak sah itu turut terdapat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Image via OHBULAN!

IC wanita itu pernah hilang pada tahun 2006

Wanita itu terkejut dengan maklumat tersebut, dia cuba mengingati semula punca sebenarnya perkara itu boleh berlaku.

Wanita itu menerangkan bahawa dia teringat akan kisah kehilangan kad pengenalan miliknya pada tahun 2006 dan menceritakannya kepada pegawai terbabit.

“Saya pernah hilang IC pada 2006, dan saya dah buat report sebab itu saya boleh buat IC baru dan sebelum ini pernah ada kes juga di mana orang gunakan IC saya untuk buat loan,” katanya.

Tambahan lagi, wanita itu meminta pegawai terbabit untuk menyemak semula rekod mengenai kehilangan kad pengenalan dirinya yang telah dilaporkan kepada pihak polis. Dia juga bercadang untuk membuat laporan polis mengenai perkara tersebut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: