Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Warga Asing Tak Sangka Dapat Layanan ‘Istimewa’ Ketika Ditahan Polis - “Moga Jadi Teladan”

Terbaik abang polis, semoga dipermudahkan urusan selalu.

Cover image via @mpv_shah (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, ramai warga asing yang telah menetap di Malaysia untuk mencari sumber rezeki

Ada daripada mereka yang mempunyai dokumen sah untuk mencari pekerjaan di Malaysia. Namun, ada juga yang melanggar undang-undang Malaysia. Warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah sepatutnya perlu diambil tindakan. 

Sudah menjadi stigma kepada orang luar negara terutamanya warga asing seperti Indonesia, Pakistan atau Bangladesh yang menganggap bahawa rakyat Malaysia khasnya polis akan bersikap tegas dan garang terhadap mereka. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang polis menyantuni warga asing semasa roadblock. 

Image via @mpv_shah (X)

Minta dokumen untuk disemak dengan sopan

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat polis sedang menahan sebuah kereta yang dipandu oleh warga Indonesia.

Polis itu meminta dokumen seperti lesen memandu, pasport, permit dan visa untuk disemak. Sikap positif dan baik polis itu mengejutkan warga asing berkenaan. Lebih menarik perhatian, pemilihan bahasa anggota polis itu kelihatan sangat ramah.

“Oh kamu baru sampai Malaysia semalam? Ok, kerja bagus-baguslah duduk Malaysia. Rakyat Malaysia ni tak kira siapa, kami sambut dengan baik.

“Jadi duduk Malaysia, duduk elok-elok. Jangan buat perangai. Dekat Malaysia ada undang-undang sama juga macam undang-undang di Indonesia.

“Ini Wak baguslah, ada permit. Ada lesen memandu kira baguslah. Saya pun hanya manusia biasa. Saya duduk Malaysia ni sebagai anggota polis. Kita saling menghormati, bagi kerjasama yang elok,” kata anggota polis itu kepada semua warga asing di dalam kereta itu.

Image via @mpv_shah (X)

Lihat video penuh itu di bawah:

Bagus macam ni, boleh naikkan imej negara kita.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment