Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Warga China Nasihat Pelancong Elak Datang Ke KL Sebab 'Bosan' & Hanya Ada Menara Berkembar

Ramai netizen kemudian mengkritiknya kerana menggambarkan bandar raya itu secara tidak tepat.

Cover image via Xiaohongshu

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini, mengenai satu hantaran di platform media sosial Xiaohongshu (XHS) oleh seorang pelancong China yang berkunjung ke Kuala Lumpur (KL) telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen khususnya rakyat Malaysia

Pelancong berkenaan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak memilih KL sebagai destinasi percutian mereka, dengan menyenaraikan pelbagai sebab yang membuatkan beliau berpendapat bahawa ibu kota Malaysia ini tidak berbaloi untuk dilawati.

Dalam hantaran yang tular itu juga, pelancong tersebut mengkritik KL sebagai sebuah destinasi yang "kotor" dan "sesak".

Gambar sekadar hiasan

Image via Azhar Mahfof/The Star

Selain itu, beliau mendakwa kakitangan di lapangan terbang bersikap diskriminasi, serta menganggap penduduk tempatan sebagai "kasar" dan kurang mesra.

Pelancong berkenaan kemudiannya menyatakan bahawa, "KL hanya ada Menara Berkembar Petronas, yang bagus untuk bergambar"

Tempat lain jauh ketinggalan berbanding bandar-bandar di China. Harga kos hidup di KL sama dengan bandar utama di China. "Siapa yang kata tempat ini murah?," tulisnya.

Menurutnya lagi, pengangkutan awam di KL sangat tidak mesra pelancong, "Tiada kaki lima, dan selain menaiki teksi, tiada cara lain untuk bergerak. Sistem metro juga sangat tidak mesra pengguna."

Beliau juga meluahkan rasa kecewa dengan pengalaman menginap di hotel 5 bintang dan 4 bintang di KL

Lelaki itu berkongsi gambar makanan yang diterimanya daripada perkhidmatan penghantaran dan kecewa dengan kekurangan peralatan makan.

Image via Xiaohongshu

"Jika anda keluar 10 minit lewat, mereka akan potong deposit. Ini sangat tidak adil," katanya.

Dari segi makanan pula, "Penghantaran makanan sangat mengecewakan. Satu pesanan boleh berharga lebih daripada 150 RMB (sekitar RM91), dan walaupun saiznya agak besar, makanan itu dibungkus dalam plastik. Kalau minta sudu dan garfu, kadang-kadang mereka tak beri," tambahnya.

Pelancong berkenaan menggesa orang ramai untuk tidak percaya dengan maklumat yang tersebar dalam talian dan mengatakan bahawa melancong ke KL adalah satu pembaziran masa dan wang, dengan hanya membeli-belah sebagai aktiviti utama di bandar ini.

Setakat artikel ini ditulis, posting tersebut telah mendapat lebih daripada 600 komen, dan ramai yang tidak bersetuju dengan gambarannya tentang bandar raya ini

Seorang netizen dari Hunan, China menulis, "Jika anda sentiasa mengkritik infrastruktur, lebih baik tidak melancong ke luar negara, kerana tiada negara yang dapat menandingi negara kita (China) dalam aspek itu. Selain itu, apabila melancong ke luar negara, jangan samakan dengan negara sendiri dan cara pemikiran anda sendiri ke atas orang lain. 

"Menyesuaikan diri dengan adat tempatan akan menjadikan pengalaman anda lebih menyenangkan. Sudah tentu, jika anda menghadapi diskriminasi atau buli, anda harus mempertahankan diri."

"Ia agak pelik. Saya mendapati orang Malaysia sangat sopan dan ramah. Seluruh bandar ini meriah dan kaya dengan pelbagai makanan eksotik. Malah, kedai-kedai Cina sangat menarik, ia selesa dan bersih," kata komen lain.

"Jika orang Malaysia tidak mesra dengan warga China, maka pada asasnya tiada negara di Asia yang mesra dengan warga China," kata seorang individu, sementara yang lain menambah, "Teksi murah di Malaysia, jadi bukankah lebih selesa untuk menaiki teksi daripada metro? Seperti yang dinyatakan oleh netizen lain, jika anda meletakkan kemudahan yang ada di China sebagai standard, maka anda tidak seharusnya melancong ke luar negara."

Image via Xiaohongshu

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment