Warga Singapura Yang Gagal Bayar Saman Trafik Malaysia Akan Didenda Mulai 1 Januari Depan
Malaysia akan menguatkuasakan VEP ke atas semua kenderaan asing yang masuk dari Singapura pada 1 Oktober.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pemandu kenderaan dari Singapura akan dikenakan tindakan dengan penguatkuasaan sebaik sahaja sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP) berkuat kuasa jika culas membayar saman trafik di Malaysia
Menurut laporan NST, Jabatan Pengangkutan Jalan berkata antara 1 Oktober hingga 31 Disember pada tahun ini, penguatkuasaan VEP akan berperingkat dan kenderaan asing dengan denda yang tidak dibayar masih dibenarkan masuk dan keluar dari Malaysia.
Walau bagaimanapun, mulai 1 Januari 2025, tindakan penguatkuasaan penuh akan dilaksanakan kepada mereka yang didapati gagal menyelesaikan hutang saman masing-masing.
Namun, pemilik kenderaan asing dengan saman tertunggak digalakkan membayar denda tertunggak mulai 1 Oktober sebelum meninggalkan Malaysia.
Image via Harian Metro
Difahamkan, penguatkuasaan sistem VEP akan membolehkan pihak berkuasa mengesan setiap kesalahan lalu lintas kereta walaupun sudah lama
Image via BERNAMA
Untuk makluman, Malaysia akan menguatkuasakan VEP ke atas semua kenderaan asing yang masuk dari Singapura pada 1 Oktober 2024.
Pemilik kenderaan asing yang gagal mematuhi peraturan VEP boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.
Sebelum ini, sejumlah 40,962,240 saman trafik dari tahun 1990 hingga Jun tahun ini masih belum dijelaskan, dengan nilai keseluruhannya mencecah RM4 bilion.
Malah, warga Singapura didapati paling culas membayar saman dan sering dilihat merentas ke Malaysia tanpa rasa serba salah.
Dengan adanya penguatkuasaan ini, sekaligus ia bakal memberi perubahan dalam memastikan mereka akan mematuhi segala undang-undang yang ditetapkan di negara ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment