"Rakyat Palestin Akan Pulang, Mereka Rela Mati Di Tanah Air Sendiri" - Tok Mat
Semoga mereka sentiasa dilindungi Allah SWT.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Semua rakyat Palestin yang cedera atau sakit akan diterbangkan semula ke tanah air mereka sebaik saja mendapatkan rawatan di negara ini
Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama pemimpin Palestin dan majoriti mengatakan rakyat wilayah berkenaan tidak mahu meninggalkan tanah air mereka.
Menurutnya, mereka lebih rela mati di tanah sendiri daripada berhijrah ke negara lain hanya kerana ingin mendapatkan bantuan kemanusiaan.
"Mereka tak mahu datang, tak nak keluar atau tinggalkan Palestin. Mereka lebih rela mati di tanah air sendiri.
"Tetapi, dengan janji kita bawa mereka ke sini untuk memberikan sedikit bantuan kemanusiaan kepada wanita dan kanak-kanak yang cedera.
"Kita mesti menghantar mereka balik dan orang ramai tak boleh persoalkan perkara ini," katanya.
Pada 16 Ogos lalu, seramai 127 rakyat Palestin selamat tiba di Pangkalan Udara Subang, Selangor kira-kira jam 2 petang dengan menaiki pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
Media melaporkan seramai 41 orang bersama 86 waris telah menerima rawatan di hospital Mesir sebelum kerajaan mengambil keputusan untuk memberikan bantuan kesihatan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!