seismik

2 Pesawat TUDM Selamat Mendarat, Bantu Warga Palestin Yang Cedera Dari Mesir Untuk Rawatan

Pesawat pengangkut Airbus A-400M itu mendarat kira-kira 2 petang dan 2.15 petang.

Cover image via Sinar Harian & Buletin TV3

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dua pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang diterbangkan ke Pangkalan Udara Al Maza, Mesir untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia dilaporkan selamat mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang

Menurut laporan Harian Metro, pesawat pengangkut Airbus A-400M itu mendarat kira-kira 2 petang dan 2.15 petang tadi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut menyambut ketibaan rakyat Palestin. Menurutnya, semua rakyat Palestin yang dibawa ke Malaysia seramai 127 orang, terdiri daripada 41 pesakit rakyat Palestin dan diiringi oleh 86 waris.

Image via Harian Metro
Image via Harian Metro

"Antara mereka adalah kanak-kanak, remaja dan dewasa yang mana sudah melalui proses dokumentasi menerusi Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN)," katanya.

Semua rakyat Palestin menerima rawatan awal di Hospital Medan di pangkalan berkenaan

Difahamkan, tinjauan mendapati rata-rata rakyat Palestin dilihat ceria sebaik saja tiba dan menerima rawatan di Hospital Medan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pidato dalam acara kemuncak pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 4 Ogos lalu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: