Pengasas Biskut 'Legend' Famous Amos Dilaporkan Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun
Biskut kegemaran ramai ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pengasas biskut coklat terkenal, Famous Amos iaitu Wally Amos dilaporkan telah meninggal dunia
Menurut laporan Berita Harian, beliau meninggal dunia pada usia 88 tahun akibat komplikasi demensia.
"Dia adalah wira asli Amerika Kulit Hitam yang sebenar. Dengan topi Panama, kazoo (sejenis alat muzik), dan keyakinan yang tidak terbatas, Famous Amos adalah kisah kejayaan Amerika Syarikat (AS) yang hebat. Ini sumber kebanggaan orang kulit hitam," kata anaknya.
Difahamkan, Amos membuka kedai pada 1975 di Sunset Boulevard, Los Angeles dengan menjual biskut coklat bersaiz kecil yang menjadi fenomena baharu ketika itu
Produk yang dihasilkan olehnya adalah daripada resipi keluarga dan turut menarik perhatian selebriti serta pemuzik Hollywood.
Dalam wawancara Detroit Black Journal 1991, Amos yang dilahirkan di Tallahassee, Florida, mengakui dia bukan sekadar terkenal dalam perniagaan.
"Saya mula membuat biskut hanya untuk mencari rezeki dan gembira melakukan apa yang saya lakukan. Saya sangat komited dan sangat gembira mengenainya," katanya.
Amos juga merupakan seorang tokoh dalam budaya pop AS dan terkenal sebagai cameo dalam sitkom 'The Office' dan sebelum itu, dia juga muncul di siri 'The Jeffersons' dan 'Taxi'
Amos menjual jenama biskut itu kepada kumpulan ekuiti persendirian pada 1988 selepas bertahun-tahun syarikatnya bergelut dengan masalah kewangan.
CNN turut menghubungi keluarga Amos dan Ferrero, pemilik semasa Famous Amos Cookies, dan masih menunggu untuk mendapatkan komen lanjut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!