"Welcome Home" - Rakaman Pekerja Malaysia Rentas Border Dari Singapura Undang Sebak Ramai
Boleh bayangkan perasaan keluarga masing-masing yang tunggu dekat border Malaysia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum sedia maklum, hari ini 1 April, bermulalah fasa endemik di Malaysia
Walaupun kita sudah terbiasa dengan norma baru ini, sebagai rakyat yang prihatin kita masih perlu ada rasa tanggungjawab untuk menjaga kesihatan dan SOP sesama sendiri.
Selain daripada itu, tular juga mengenai kepulangan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura pada malam semalam.
Sebuah rakaman memaparkan beratus ribu rakyat Malaysia merentas sempadan dari Singapura untuk bertemu dengan keluarga masing-masing setelah dua tahun tidak berjumpa mengundang sebak ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Unite macam keluarga sendiri, ramai-ramai rentas sempadan dari Singapura ke Johor
Menerusi video yang dimuat naik oleh @_wan100, kelihatan sekumpulan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura sedang menyambut kegembiraan pulang ke tanah air tercinta.
Disebabkan pandemik yang berlanjutan sehingga membuatkan mereka terkandas selama dua tahun di sana, ia membuatkan semua tidak dapat berjumpa dengan keluarga di Malaysia.
Di sebalik kegembiraan di wajah mereka, ramai juga yang turut merasa sebak kerana dapat bayangkan betapa rindunya keluarga di Malaysia menanti kepulangan anak, isteri, suami dan adik beradik tersayang.
Image via @_wan100 (TikTok)
Image via @_wan100 (TikTok)
"Di sebalik ni ada anak isteri ibu bapa menunggu. Tapi lagi deep bila sampai rumah tak ada yang menunggu sebab dah dijemput ilahi" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.4M views, 133.6K likes dan 20.2K shares di TikTok, rata-rata netizen turut sebak melihat kepulangan rakyat Malaysia yang sanggup mencari rezeki di negara orang demi keluarga tercinta.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @_wan100 (TikTok)
Image via @_wan100 (TikTok)
Image via @_wan100 (TikTok)
Image via @_wan100 (TikTok)
Image via @_wan100 (TikTok)
Image via @_wan100 (TikTok)
Image via @_wan100 (TikTok)
Image via @_wan100 (TikTok)
Image via @_wan100 (TikTok)
Image via @_wan100 (TikTok)
Tak tipu, memang sebak bila tengok muka diaorang. Gembira yang tak terkata :')
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment