[VIDEO] Nangis Tepi Jalan Sebab Tak Pandai Start Motor, Gadis Ini Redha Tersadai Sendirian
Mesti ramai macam ni juga kan?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Menunggang motosikal bukanlah satu perkara yang sukar bagi kebanyakan orang
Akan tetapi, sebenarnya masih ramai di luar sana yang tidak tahu bagaimana nak menghidupkan enjin motosikal.
Seperti sebuah video ini apabila seorang gadis pasrah tersadai di bahu jalan dan menangis gara-gara tidak pandai start enjin motor telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pandai bawa motor tapi tak pandai start enjin, sudahnya tersadai tepi jalan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @dyhamran00, kelihatan gadis itu sedang berada di sebuah bahu jalan bersama motosikalnya.
Pada mulanya, ramai menyangka motor gadis itu rosak. Rupa-rupanya, dia tidak reti bagaimana nak menghidupkan enjin motor tersebut dan perkara itu membuatkan dia menangis.
"22 tahun, pandai bawa motor tapi tak pandai start motor. Nangis tepi jalan, itulah saya," katanya.
"Sama macam saya dulu, tebal muka minta tolong orang start kan motor. Adeh malu nak ingat balik haha" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 363.1K tontonan, 41.6K tanda suka serta 266 perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman masing-masing.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!