seismik

[VIDEO] Pasang Sampai 19 Khemah, Kenduri Kahwin Ini Tarik Perhatian Warganet

"Ni nak tambah air sampai meja dah haus balik" - Warganet.

Cover image via @farazulkipli (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti mana yang kita tahu, majlis perkahwinan kini sudah boleh dijalankan seperti biasa dengan mengikut SOP yang ditetapkan

Disebabkan itu, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengadakan majlis secara besar-besaran dan ada yang menjemput sehingga lebih daripada dua ribu tetamu.

Seperti baru-baru ini, sebuah majlis perkahwinan telah mencuri tumpuan ramai gara-gara tuan rumah memasang sehingga 19 khemah di sepanjang jalan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@farazulkipli Agak² korang rasa berapa cost wedding ni?? Cer korang comment #kakakmuatakaful #izzgrouptiktok #oscars #kuikhlaskan original sound - Izzy

Pasang 19 khemah sepanjang jalan, ada yang ingat tuan rumah buat expo

Menerusi perkongsian video daripada @farazulkipli, kelihatan dia merakam view dari atas majlis kenduri kahwin di kawasan rumahnya itu.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila majlis tersebut dipenuhi dengan 19 barisan khemah di sepanjang jalan.

Sementara itu, ramai yang tertanya-tanya kos keseluruhan majlis kahwin itu kerana sudah pastinya ia melibatkan duit yang banyak.

"Maybe khemah tu dari rumah pengantin lelaki sampai pengantin perempuan" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 1.1M tontonan, 106.6K tanda suka dan 2.8K perkongsian di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut membuat spekulasi masing-masing mengenai 19 khemah itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mungkin pengantin perempuan dan lelaki tu buat majlis sekali kot? Itu yang sampai 19 khemah, alang-alang gabung tetamu terus :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: