seismik

Tular Video Mak Cik Selamba Bungkus Lauk Kenduri Sampai Licin, Padahal Majlis Belum Habis

Amboi mak cik, tak ingat langsung orang belakang.

Cover image via @aayurahayuuu (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai tetamu majlis kahwin, kita sepatutnya menjaga adab sesama sendiri dan juga dengan tuan rumah

Walau bagaimanapun, masih ada orang di luar sana yang tidak tahu untuk menjaga adab ketika menghadiri majlis kenduri kahwin.

Seperti sebuah video yang tular di TikTok ini memaparkan seorang mak cik selamba membungkus semua makanan di majlis kenduri kahwin telah menjadi tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Majlis belum habis tapi selamba 'tapau' makanan bawa balik

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aayurahayuuu, kelihatan dia merakam gelagat seorang mak cik yang sakan mengambil makanan di satu sudut majlis kahwin itu.

Apa yang mengundang perhatian ramai adalah dia dilihat bukan saja mengambil portion sedikit untuk dimakan sendiri. Dia siap membungkus makanan tersebut dalam plastik berwarna hijau untuk dibawa balik.

Malah, habis licin satu dulang makanan yang ada di ruangan itu dan tidak ada yang tertinggal untuk tetamu lain.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1M views, 67.9K likes dan 2.5K shares di TikTok

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi masing-masing mengenai rakaman tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Hmm. Agak-agaklah kalau lapar sekali pun, fikirlah tetamu lain juga :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: