seismik

"Ghisau" - Pemuda Ini Cuba Nak Terjun Ke Pantai, Tapi Last-Last Lain Pula Yang Jadi

Side effect lama tak mandi laut ni bang.

Cover image via @khairulaqril (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam setiap hubungan persahabatan, pasti ada salah seorang daripada kawan kita yang sering membuat perangai dan masuk air betul tak?

Kalau pergi bercuti atau keluar berjalan bersama-sama, ada saja hal yang mereka lakukan di tempat awam tanpa rasa malu. Kadangkala, kita pula yang segan dengan orang sekeliling bila datang 'gila' mereka itu.

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini apabila gelagat seorang pemuda ketika ingin mandi di pantai telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bukan main berlari nak terjun dalam laut, sekali lain pula yang dibuatnya

Menerusi video yang dimuat naik oleh @khairulaqril, kelihatan mereka sedang berkelah di sebuah pantai yang tidak diketahui lokasinya.

Apa yang menghiburkan adalah apabila salah seorang daripada mereka tiba-tiba berlari menuju ke pantai kerana teruja untuk mandi laut.

Namun, dia dilihat terjun terlalu awal sehingga membuatkan badannya terhempas ke pasir pantai. Perkara itu membuatkan kawan-kawannya yang lain berdekah tak berhenti gara-gara dia salah 'landing'.

"Nasib tak sempat kuak lentang je, member tu orite tak haha" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mencecah 2.4M views, 396K likes dan 7.5K shares di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat pemuda tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Macam mana boleh salah landing tu bang? Malu dapat, sakit pun dapat :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: