"Zombi Bersiar-Siar" - Tak Nak Muka Kena Burn, Cara Geng Ini Pakai Sunscreen Bikin Dekah
Aduhai, lawak lah semua.
Pemakaian sunscreen adalah sangat penting untuk wajah kita
Terutama sekali dengan cuaca di Malaysia ini, semua tempat panas betul tak? Kita banyak terdedah dengan cahaya matahari.
Banyak jenis dan tekstur sunscreen ini kita boleh dapatkan di kedai-kedai atau pasar raya. Iyalah, takut nanti 'sunburn' pula muka.
Namun, berbeza pula dengan video di TikTok ini apabila cara sekumpulan rakan ini memakai sunscreen dengan cara berbeza telah menghiburkan hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Bantai pakai sampai 'bertompok' muka
Menerusi video tersebut, kelihatan mereka semasa itu sedang berada di dalam sebuah boat untuk menuju ke suatu lokasi.
Tetapi, apa yang lebih mencuit hati ramai adalah apabila geng berkenaan dilihat memakai sunscreen yang banyak sehingga muka menjadi putih.
Situasi itu membuatkan mereka tergelak melihat muka masing-masing yang putih melepak takut dek kerana sunburn.
Image via @beauty_care_puchong (TikTok)
"Abang bot tu muka redha dah macam bawa zombi bersiar-siar" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat mereka itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 328.3K views, 16K likes dan 369 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @beauty_care_puchong (TikTok)
Image via @beauty_care_puchong (TikTok)
Image via @beauty_care_puchong (TikTok)
Image via @beauty_care_puchong (TikTok)
Image via @beauty_care_puchong (TikTok)
Putih sangat tu guys mukanya pun. Takut tengok :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment