#Belanjawan2027: Insentif Perkhidmatan Kesihatan Udara Dinaikkan Dari RM30 Ke RM100

Doktor kontrak juga akan ditawarkan jawatan tetap.

Cover ImageCover image via RTM (YouTube) & The Borneo Post

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan telah meningkatkan insentif perkhidmatan kesihatan udara daripada RM30 kepada RM100

Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga meluahkan perasaan berdukacita atas tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara di Long Lellang yang telah meragut nyawa petugas barisan hadapan.

SAYS.com
Image via RTM (YouTube)

Isu doktor kontrak akan dinoktahkan

SAYS.com
Image via RTM (YouTube)

Isu doktor kontrak kali ini akan dihentikan dan telah menjadi isu sejak 2023.

Kerajaan MADANI bagi tahun 2027 akan memastikan lebih 9,000 lagi doktor kontrak akan ditawarkan kepada jawatan tetap.

Ini bermakna doktor yang berjaya menamatkan latihan siswazah akan ditawarkan jawatan tetap pegawai perubatan.

47 ribu anggota paramedik dan jururawat akan mendapat bayaran insentif kepada RM200 sebulan.

SAYS.com
Image via RTM (YouTube)

Pengurangan tempoh menunggu pesakit

SAYS.com

Gambar janaan AI.

Peruntukan untuk menyumber luar pesakit ke hospital lain ditingkatkan kepada RM200 juta.

Skop kerjasama akan diperluas merangkumi penggunaan fasiliti kesihatan swasta, termasuk dewan bedah oleh sektor awam.

Aturan sesi kepada pakar Kerajaan yang bersara dan pakar swasta lebih anjal dengan tempoh maksimum ditingkatkan.

Skop program juga akan diperluaskan meliputi Expanded Newborn Screening, Prenatal Geneting Testing dan rehabilitasi.

Follow SAYS on Instagram, Facebook, and TikTok for updates!

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: