Data Lama Mahasiswa Jadi ‘Sugar Baby’ Tular Lagi, KPT Sahkan Bakal Teliti Dakwaan Terbabit
Untuk rekod, tahun 2021 aplikasi Sugarbook telah diharamkan di Malaysia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang meneliti kajian tular di media sosial menunjukkan penglibatan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) yang terlibat dalam kegiatan 'sugar baby'
Dilaporkan oleh Berita Harian, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengatakan pihaknya belum mempunyai maklumat terperinci mengenai jumlah mahasiswa yang terlibat dalam kegiatan berkenaan.
Kementerian telah mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini termasuk jumlah mahasiswa yang telibat.
"Kajian memang dibuat untuk kes seperti itu dan sering kali kita dengar mengenainya dalam media dan sebagainya.
"Cuma Yang Berhormat (Datuk Mumtaz Md Nawi) bertanya dari segi bilangannya dan berapa ramai yang terbabit.
"Jadi, perkara itu mungkin saya akan sediakan nanti. Kalau ada (maklumat) kita akan dapatkan," katanya.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Image via New Straits TimesIsu yang sama pernah muncul pada tahun 2021
Pada tahun 2021, isu ini sebenarnya sudah muncul apabila terdapat beberapa pelajar universiti yang melibatkan diri dalam perkhidmatan sugar baby melalui aplikasi Sugarbook.

Difahamkan, aplikasi ala pelacuran itu telah merekodkan seramai 12,000 orang mahasiswa. Terdapat beberapa mahasiswa berdaftar di situ untuk mencari wang pantas akibat kesukaran hidup ketika COVID-19.
Gambar yang tular adalah data lama lima tahun lepas
Gambar yang baru-baru ini tular itu menunjukkan data lama yang menyenaraikan 10 universiti di Malaysia dimana pelajarnya menjadi sugar baby.
Data lama itu telah menyenaraikan beberapa universiti awam dan universiti swasta termasuk jumlah pelajar yang terlibat kegiatan sugar baby.
Data tersebut juga telah disangkal oleh KPT 5 tahun lepas, menurut bekas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, terdapat banyak keraguan terhadap data yang telah dikemukakan dalam pendedahan penglibatan pelajar universiti dengan kegiatan itu.

"Agak mustahil 45 peratus daripada pelajar (universiti swasta) terlibat sebagai 'sugar baby.' Ini kerana jumlah pelajar (universiti swasta) pada masa kini adalah lebih kurang 7,000 pelajar sahaja.
"Oleh itu, laporan yang disiarkan oleh media bahawa seramai 3,105 pelajar (universiti swasta) sebagai 'sugar baby' adalah tidak munasabah," katanya.
Jumlah pelajar universiti swasta yang berada di tempat teratas data tersebut adalah pada tahun 2021.
Manakala data bagi satu universiti awam yang disenaraikan, pihak universiti itu telah pun membuat laporan polis pada tahun 2021.
Pihak KPT sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini pada 5 Februari 2021 dan telah menghubungi universiti yang disenaraikan dalam beberapa media.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via