Eco-Shop Dijangka Naikkan Harga Barang 20 Sen Susulan Kenaikan Gaji Minimum Semasa

Difahamkan, keputusan penyelarasan harga boleh membawa risiko pendapatan terutamanya buat golongan B40.

Cover ImageCover image via Eco-Shop & Utusan

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kedai barangan murah popular Eco-Shop berkemungkinan besar akan menaikkan harga barangan dari RM2.60 kepada RM2.80

Dilaporkan oleh The Edge, CIMB Securities mengatakan kenaikan 20 sen ini disebabkan kenaikan kos bulanan pekerja yang akan meningkat ke RM2.8 juta akibat peningkatan gaji minimum seperti yang diumumkan dalam Bajet 2027.

Penganalisa mengatakan saham Eco-Shop turun sebanyak 4.9% atau 7 sen kepada RM1.36 walaupun keuntungan meningkat sebanyak 16.6% setiap tahun. Pada suku pertama 2027 Eco-Shop dijangka akan meraih RM61.9 juta.

Walaubagaimanapun, keuntungan itu sebenarnya di bawah jangkaan kerana analisa menjangkakan keuntungan 19.9%.

"Berdasarkan perkembangan ini, kami menjangkakan terdapat kemungkinan besar Eco-Shop akan menyemak semula harga tetap RM2.60 dalam tempoh 12 bulan akan datang demi mempertahankan margin keuntungan, selari dengan penyelarasan harga yang mungkin tidak dapat dielakkan," ujar penganalisis.

Eco-Shop setakat ini menjual barangan mereka pada harga RM2.60 di Semenanjung dan RM2.80 di Sabah dan Sarawak.

SAYS.com
Image via Direct Landing

Keputusan penyelarasan harga boleh membawa risiko pendapatan

CIMB Securities mengatakan harga yang meningkat ini boleh membawa risiko pendapatan apabila majoriti pelanggan Eco-Shop adalah daripada golongan B40.

Menurut UOB Kay Hian Research, peningkatan harga ini boleh memberi impak jika kenaikan kos gaji minimum ditanggung oleh pelanggan.

Image via New Straits Times

Perkara ini boleh menyebabkan pelanggan berbelanja dengan lebih sedikit di Eco-Shop kerana pelanggan B40 sangat sensitif dengan perubahan harga.

Kedai barangan murah ini mempunyai 477 cawangan di seluruh negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS