Bintang Ikonik Star Trek & X-Men, Sir Patrick Stewart Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun
Selamat tinggal Prof X.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelakon lagenda Sir Patrick Stewart difahamkan baru sahaja meninggal dunia pada umur 86 tahun hari ini
Selama ini, beliau telah berjuang berlawan dengan penyakit Alzheimer's dan Demensia Badan Lewy (Lewy Body Dementia).
Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh keluarganya, Kelly Bush Noval di media sosial milik Sir Patrick semalam 29 Oktober sehari selepas beliau meninggal dunia.

"Beliau didakap erat dalam kehangatan kasih sayang keluarga dan sahabat handai, dikelilingi alunan muzik secara langsung, doa, air mata, tawa, serta luahan emosi mendalam yang hanya mampu dicetuskan oleh beliau setelah seumur hidup berbakti kepada kami semua,
"Kami akan sentiasa menghargai ketenangan dan keheningan pada wajahnya, suatu peringatan abadi tentang ketabahan dan keanggunan pekertinya yang tiada tandingan." katanya.

Sir Patrick Stewart ini sangat dikenali ramai dengan pelbagai watak-watak ikonik yang dilakonkan olehnya
Legenda ini sudah terkenal di pentas British terutamanya, lakonan teater William Shakespeare, tetapi pada umur 47 tahun beliau menjadi Captain Jean-Luc Picard dalam Star Trek: The Next Generation.
Lakonan beliau telah memberikannya kemasyuran sehingga ke tahap antarabangsa.

Beliau juga terkenal dengan lakonannya sebagai Professor Charles Xavier dalam X-Men. Lakonan beliau sebagai Prof X dapat dilihat dalam filem Doctor Strage and the Multiverse of Madness dan filem terakhir beliau Avengers: Doomsday.

Dilahirkan pada 13 Julai, 1940 di Mirfield, Yorshire, England, Stewart telah berlakon dirinya dan suara untuk pelbagai filem dan siri. Antaranya adalah Excalibur, David Lynch's Dune, Robin Hood: Men in Tights, Green Room, Moby Dick, The Prince of Egypt, TMNT, The Sheep Detectives, American Dad, Ted, dan I, Claudius.
Stewart juga menyumbangkan suaranya untuk industri permainan video seperti Castlevania: Lords of Shadow, Forgotten Realms: Demon Stone dan The Elder Scrolls IV: Oblivion.
Keluarga Sir Patrick Stewart mengatakan bagi mengingati mendiang, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada Tabung Pusat Penyelidikan Alzheimer Johns Hopkins (Johns Hopkins Alzheimer's Disease Research Center Fund) dan Sumber Penjaga Yayasan Alzheimer Amerika (Alzheimer's Foundation of America Caregiver Resources).
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via