Harga Emas Jatuh Merosot, Ramai Ambil Peluang Serbu Kedai Emas & Tambah Aset
Orang ramai pakat serbu kedai emas sekarang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Harga emas kini telah jatuh sehingga mencecah RM503 per gram sekaligus menyebabkan ramai orang mengambil kesempatan
Dilaporkan oleh Harian Metro, penduduk Kelantan kini berpusu-pusu ke kedai emas untuk membeli emas.
Tinjauan menunjukkan majoriti kedai emas di Pasar Siti Khadijah dikunjungi pengunjung dan mereka telah mengambil kesempatan untuk penurunan harga emas.
Ada yang mendakwa emas ini adalah antara yang paling murah pernah dijual iaitu RM503 dan RM504 bagi setiap gram.

Halima Osman, 45, mengatakan dia sendiri tidak sangka emas boleh menjunam sebawah ini tetapi hanya sehingga RM600 per gram.
"Saya seorang penggemar emas dan sudah beberapa minggu melihat harga makin jatuh dan rasanya ini paling murah apabila RM503 per gram.
"Setiap kali harga turun saya akan mengambil kesempatan untuk membeli bagi menambah koleksi sedia ada.
"Macam hari ini saya membeli gelang memandangkan harga murah. Waktu murah kita membeli, manakala waktu mahal pula kita boleh menjual, barulah ada untung," katanya.

Emas kekal menjadi pelaburan jangka panjang walaupun harga tidak menentu
Emas terus dilihat sebagai salah satu pelaburan jangka panjang yang mampu bertahan walaupun harga yang selalu turun dan naik mengikut faktor ekonomi dan geopolitik global.
Dilaporkan oleh Harian Metro pada Jun lalu, Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi dan Pengajian Kewangan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam, Dr Nur Zahidah Bahrudin mengatakan pergerakan harga emas banyak dipengaruhi oleh dasar kadar faedah global, terutamanya keputusan monetari Amerika Syarikat (AS), kekuatan dolar AS, inflasi, konflik geopolitik serta permintaan yang berterusan daripada bank-bank pusat.
"Nilai dolar AS juga mempunyai hubungan songsang dengan harga emas. Apabila dolar mengukuh, harga emas biasanya tertekan kerana kos pembelian menjadi lebih mahal kepada pelabur yang menggunakan mata wang lain.
"Pada masa sama, inflasi yang tinggi meningkatkan daya tarikan emas sebagai aset lindung nilai kerana pelabur mahu mengekalkan kuasa beli mereka," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Harian MetroSeorang lagi pengunjung, Nur Ain Abdul Manaf, 30, mengambil peluang untuk membeli rantai leher dan gelang kaki.
"Sejak dulu hingga sekarang saya seorang yang penyimpan emas kerana merasakan tidak rugi apabila melabur dengan membeli emas perhiasan.
"Sekarang harga murah kita beli, mungkin akan datang apabila perlukan duit, kita jual. Alhamdulillah harga rasanya paling rendah setakat ini.
"Apabila harga murah, boleh la kita tambah koleksi sedia ada. Sepanjang saya berada di kedai emas, semua datang untuk membeli, bukannya untuk menjual," kata Nur Ain.

Melihat kepada carta goldprice.com, harga emas per gram di Malaysia ialah RM526.72. Harga ini akan berubah-ubah mengikut pasaran.
Perlu juga diingatkan, konsep pelaburan mempunyai untung dan rugi. Emas juga terikat kepada perkara ini. Apabila melabur kira pasti mahu membentuk satu keuntungan tetapi kita juga perlu berani menanggung risiko kerugian.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via