Indonesia Tidak Akan Isytihar Kebakaran Hutan Sebagai Bencana Nasional Susulan Jerebu

Kerajaan Indonesia mengatakan mereka masih berupaya menangani krisis berkenaan.

Cover ImageCover image via Mongabay & Kosmo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Indonesia tidak akan mengisytiharkan kebakaran hutan dan tanah sebagai bencana nasional

Dilaporkan oleh Buletin TV3, kenyataan ini diberitahu oleh Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan, Dudung Abdurachman yang mengatakan keputusan itu telah dicapai pada mesyuarat kabinet terhad yang dipengerusikan oleh Presiden Prabowo Sibuanto di Istana Merdeka, Jakarta.

"Belum lagi, belum lagi. Kami masih berupaya menanganinya," katanya.

Bantuan antarabangsa tidak dibincangkan dalam mesyuarat itu tetapi kebimbangan berhubung jerebu rentas sempadan telah menjejaskan negara jiran termasuk Malaysia.

"Memang ada maklum balas daripada negara lain berhubung kebakaran hutan ini, namun kita telah berusaha secara maksimum," katanya lagi.

Image via Utusan

Taman Negara Tanjung Puting dan kawasan terjejas di Kalimantan Tengah serta Sumatera Selatan menjadi tumpuan pemadaman api

Dudung mengatakan Prabowo sudah mengarahkan usaha pemadaman kebakaran ditumpukan di Taman Negara Tanjung Puting dan kawasan terjejas di Kalimantan Tengah serta Sumatera Selatan.

Taman negara berkenaan juga terkenal di peringkat antarabangsa menerusi program pemuliharaan dan rehabilitasi orang utan.

Baru-baru ini lapan ekor orang utan telah dilepaskan semula ke Borneo selepas diselamatkan daripada kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan yang telah memusnahkan habitat haiwan di sana.

Sepanjang tragedi ini, sebanyak 46 ekor orang utan diselamatkan di beberapa kawasan di Borneo.

SAYS.com

Orang Utan bernama Sampurna ditemui dalam keadaan lemah berhampiran kawasan kebakaran.

Image via Sinar Harian

Desakan dari perwakilan rakyat untuk mengisytihar bencana nasional

Sebelum ini, Ahli Suruhanjaya Keempat Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Daniel Johan, telah menggesa kerajaan untuk mengisytiharkan kebakaran hutan dan tanah yang berlarutan sebagai bencana nasional.

Indonesia juga dinasihatkan supaya bersikap lebih terbuka terhadap bantuan antarabangsa termasuk tawaran Malaysia untuk membantu memadamkan api.

Menteri Perhutanan, Raja Ruli Antoni memberi amaran kepada pihak berkuasa supaya berwaspada untuk tempoh sebulan lagi kerana hujan dijangka tidak akan turun sehingga pertengahan November atau Disember.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Operasi pemadaman kebakaran di Hutan Simpan Liang Anggang, Banjarbaru, Kalimantan Selatan juga telah ditinjau.

Beliau berkata kerajaan sedang bersiap sedia untuk menggantung atau membatalkan lesen perniagaan lima atau enam lagi syarikat susulan pelanggaran berkaitan kebakaran.

Sebanyak 26 syarikat telah diambil tindakan termasuk lima pemegang konsesi perhutanan di Kalimantan yang lesen mereka telah dibatalkan pada 21 September.

Konsesi ini meliputi kira-kira 92,464 hektar dengan anggaran 1,169 hektar daripadanya terjejas akibat kebakaran.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: