Chery Panggil Semula Model Omoda 5 Varian C & H Bagi Pemeriksaan Komponen

Difahamkan, semua model pengeluaran semasa tidak terjejas oleh kempen panggil balik ini.

Cover ImageCover image via Drive & Free Malaysia Today

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Chery Auto Malaysia (Chery) telah memanggil semula kenderaan Omoda 5 varian C dan H yang terjejas susulan satu insiden baru-baru ini

Menurut laporan daripada Harian Metro, kempen panggilan semula akan membabitkan pemeriksaan kenderaan serta penggantian komponen terjejas jika perlu.

"Pemilik boleh menyemak sama ada kenderaan mereka terbabit dengan mengesahkan Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN) menerusi laman web Chery Malaysia.

"Semua pemeriksaan dan tindakan susulan yang diperlukan, termasuk penggantian komponen, akan dilaksanakan secara percuma,"
katanya dalam kenyataan rasmi.

Pelanggan juga akan menerima pemeriksaan kenderaan yang menyeluruh bagi sebarang tindakan susulan yang diperlukan tanpa sebarang kos.

Chery juga mengesyorkan bahawa semua model pengeluaran semasa tidak terjejas oleh kempen panggil balik ini.

SAYS.com
Image via Chery Malaysia (Facebook)

Pemilik kenderaan boleh pergi ke pusat servis sah Chery untuk pemeriksaan lanjut

Chery turut menggalakkan pemilik Omoda 5 yang mahukan kepastian tambahan untuk mengunjungi pusat servis sah Chery supaya dibantu oleh pasukan teknikal.

"Chery Auto Malaysia ingin memohon maaf kepada semua pelanggan atas kesulitan yang berlaku.

"Kami kekal komited untuk menangani perkara ini secara bertanggungjawab serta memastikan keselamatan dan keyakinan pelanggan,"
katanya.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) bagi model Chery Omoda 5

Baru-baru ini tular satu video dan gambar yang menunjukkan Chery Omoda 5 dengan gandar belakangnya tercabut.

Rakaman itu menunjukkan gandar belakang yang tercabut bersama-sama kedua-dua roda belakang kenderaan itu dan terpisah.

SAYS.com
Image via Free Malaysia Today

Dilaporkan oleh Berita Harian, JPJ telah menggantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan bagi Chery Omoda 5.

Tindakan ini diambil sebagai langkah pencegahan awal sehingga siasatan teknikal selesai dan risiko keselamatan kenderaan dikenal pasti.

"Chery Malaysia dikehendaki mengenal pasti semua unit kenderaan yang berpotensi terjejas berdasarkan nombor komponen, kelompok pengeluaran, nombor casis serta parameter teknikal berkaitan.

"Panggilan semula hendaklah dilaksanakan terhadap semua kenderaan yang dikenal pasti berisiko bagi tujuan pemeriksaan dan tindakan pembetulan sewajarnya,"
katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via New Straits Times

Kejadian ini mengundang perhatian orang ramai kerana sebelum ini pernah terjadi kejadian hampir sama pada April 2024 yang membawa kepada kempen pemeriksaan membabitkan 600 unit Chery Omoda 5.

Chery telah mengenal pasti masalah penetukuran peralatan kimpalan di pihak pembekal komponen sebagai punca kerosakan gandar belakang.

Setakat ini, masih belum ada pengesahan bahawa kejadian terbaru ini mempunyai kaitan dengan masalah yang telah dikenal pasti pada tahun 2024.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: