Kerajaan Bakal Pinda Akta Wajibkan Pemandu Mabuk Untuk Bayar Pampasan Kepada Mangsa

Kenderaan perindustrian juga wajib memasang sistem telematik.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pada Hari Kebangsaan lalu, seramai empat orang maut termasuk sepasang suami isteri dan anak kecil mereka nahas di LPT1, Termerloh

Setakat Ogos ini sahaja sebanyak 28 kes maut akibat pemandu mabuk atau di bawah pengaruh dadah.

Walaupun penguatkuasaan telah diperketat, pelanggaran peraturan masih lagi membimbangkan. Jadi tindakan lebih tegas akan dibuat.

Kerajaan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi mewajibkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah untuk membayar pampasan kepada mangsa.

SAYS.com
Image via RTM (YouTube)

Sistem telematik akan diwajibkan dipasang di kenderaan perdagangan

Sistem telematik juga akan diwajibkan kepada kenderaan perdagangan untuk memantau kelajuan, lokasi dan corak pemanduan berisiko, termasuk menghubungkan dengan alat pengesan alkohol sebelum pemandu memulakan perjalanan.

Pelaksanaan sukarela dibuat hingga 2027, dan Kerajaan sedang membangunkan pangkalan data pemandu untuk penguatkuasaan.

SAYS.com
Image via Paultan

PERKESO juga akan menyediakan baucar pemeriksaan kesihatan bagi pemandu kenderaan perdagangan bagi mengesan risiko kesihatan yang boleh menjejaskan keupayaan memandu.

Peruntukan untuk tujuan ini ditingkatkan kepada RM40 juta.

Sebanyak RM2.5 bilion disediakan untuk menyelenggara Jalan Persekutuan, termasuk RM800 juta kepada kontraktor G1-G4.

Jalan negeri juga akan dibaiki menggunakan dana MARRIS RM5.7 bilion dan Lembaga Lebuhraya Malaysia akan membina 15 tmpat berteduh motosikal, 70 CCTV di lebuh raya PLUS dan menyediakan 50 kemudahan pengecasan kenderaan elektrik di lokasi strategik.

Follow SAYS on Instagram, Facebook, and TikTok for updates!

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: