Netizen Dedah Cerita Pengalaman Ada ‘Penghuni’ Tambahan Dalam Rumah Mereka
Kenapa tak pindah rumah je?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Rumah adalah tempat kita berehat, berlindung dan memberikan rasa selamat untuk penghuninya
Tapi apakah yang akan terjadi apabila ada 'penghuni' tambahan yang lain daripada yang lain.
Kita selalu mendengar rentetan kisah-kisah aneh makhluk halus yang dikatakan menghantui beberapa rumah terutamanya rumah lama. Tetapi kali ini rumah yang orang tinggal.
Persoalan ini tercetus apabila seorang wanita bernama @wnamierahh di Threads bertanya pengalaman orang lain yang mempunyai hantu di rumah mereka.
"Dalam rumah korang ada hantu tak? Jin ke? Cerita jap, boring lah," katanya di Threads.
Persoalan ini telah menarik perhatian beberapa orang di Threads dan ramai hadir menceritakan kejadian yang berlaku di rumah mereka.

Gambar sekadar hiasan.
Image via The StarPengalaman yang berbeza-beza daripada orang ramai
Setiap orang yang hadir menceritakan pengalaman berbeza-beza. Ada yang serius sehingga mengganggu kehidupan seharian ada yang cuma jarang-jarang berlaku sahaja.
Seorang ibu berkongsi anak-anaknya diganggu dek kelibat 'nenek kebayan'. Disebabkan ini, anak keduanya lambat bercakap dan sehingga sekarang masih menghadapi masalah untuk bertutur dengan lancar.
"Ada nenek kebayan. Dia kacau semua anak saya. Anak kedua lambat bercakap sebab dia. Sekarang dah 2 tahun 5 bulan masih lambat cakap."

Gambar janaan AI.
Image via Gemini AISeorang lagi ibu berkongsi terdapat satu entiti yang menghayun buai anaknya ketika berpantang. Dia turut berkongsi video hayunan buai tersebut.
"Nah, masa ni tengah pantang anak kedua. Siang dia main hayun-hayun buai, masak nasi 5 kali boleh basi. Dah tido malam tiba-tiba ada gula-gula muncul depan mata."
Seorang pemuda pula berkongsi pengalaman 'penghuni' suka main permainan anak.
"Penghuni rumah saya suka main dengan anak punya mainan, cabut bateri pun masih berbunyi. Kadang-kadang kereta mainan gerak sendiri."
Ada yang menceritakan pengalaman diganggu empat jenis 'entiti'. Satu lembaga hitam, budak kecil, nenek kebayan dan hantu yang memakai telekung.

Ramai orang tampil menasihati pemuda itu untuk berubat atau berjumpa dengan ulama yang lebih berilmu. Tetapi akibat terlalu banyak diganggu dia semakin penat dan hanya reda sahaja.
Peringatan buat orang ramai, beribadah boleh menghindari dari gangguan malah mendekat diri lagi dengan Tuhan. Makhluk halus ini sangat membenci manusia yang dengan dengan Tuhan. Bagi umat Islam, antara amalan yang digalakkan adalah membaca Al-Quran atau mengalunkan ayat-ayat Al-Quran.
Pastikan persekitaran bersih untuk memliharan damelindungi anda daripada gangguan. Kita perlu buat yang terbaik dan berikhtiar untuk mengelakkan daripada diri daripada diganggu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via