Netizen Pening Terlalu Banyak ‘Damansara’ Wujud, Tak Tahu Yang Mana Satu

Berapa lagi Damansara baharu akan muncul nanti?

Cover ImageCover image via The Edge Malaysia & postimages

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Damansara adalah satu daripada 36 mukim daerah Petaling dalam negeri Selangor

Nama Damansara kini telah digunakan secara meluas sehingga selalu dijadikan perbualan apabila bertanya mengenai tempat tinggal seseorang itu.

Ini tidak termasuk lagi nama-nama apartment, taman perumahan, bangunan, dan tempat lain yang menggunakan nama Damansara di dalamnya.

SAYS.com
Image via Google Maps

Baru-baru ini tular di Threads dengan satu ciapan yang mengatakan bahawa jika disoal mengenai tempat tinggal di Damansara pasti akan mengelirukan kerana terdapat banyak tempat sehingga hanya satu jawapan sahaja diberi bagi memudahkan keadaan.

"Kalau engkau duduk Damansara, lain kali bagitau Damansara mana. Engkau tahu tak Damansara ada banyak?"
ujar @roy.affandy007 di Threads.

Roy kemudiannya menyenarai kesemua tempat yang berkaitan dengan Damansara dari kawasan, perumahan, apartment, bangunan dan lain-lain.

SAYS.com

Kota Damansara.

Image via Real Estate MY

Reaksi netizen bingung kerana terlalu banyak 'Damansara'

Ciapan ini telah menarik ramai perhatian netizen yang turut bersetuju kerana terlalu banyak penggunaan Damansara untuk nama tempat.

"Haa tudia! Akhirnya disenaraikan semua damansara yang wujud di planet bumi! Terima kasih brother!"

"Sebab itu la sebut Damansara je. Sebab tak nak bagitahu Damansara mana."

"Sekolah rendah dulu duduk Damansara Utama, sekolah menengah pindah Damansara Damai. Habis sekolah duduk Bandar Sri Damansara. Bila member tanya duduk mana sekarang, sebut Damansara diaorang tanya balik Damansara mana?"


Lebih mengejutkan ada lari orang yang menambah ke dalam senarai seperti Phileo Damansara, Damansara Intan, Prima Damansara, Tol Damansara, KPJ Damansara 2 dan yang paling mengejutkan ada nama Damansara di Johor.

Damansara ada berapa banyak sebenarnya?

Dilaporkan oleh SAYS, terdapat 12 kawasan Damansara yang berada di seluruh Lembah Klang.

Tempat ini pada asalnya wujud akibat kesalahan ejaan perkataan asal 'Damar Sara' yang merujuk kepada resin yang disektrak daripada pokok tropika, 'Sara' bermaksud berharga atau penting dalam bahasa Sanskrit.

SAYS.com
Image via Redza Ibrahim (Facebook)

Difahamkan, pelaksanaan ini berlaku ketika sistem tanah Torrens pada tahun 1891 di bawah tadbir urus Residen British dan pendaftar tanah Selangor, Sir William Maxwell.

Seorang pendaftar dilaporkan telah tersilap menganggap huruf 'r' sebagai 'n' dan secara tidak sengaja menggabungkan nama dua perkataan asal tersebut. Itulah sebab peta sebelum tahun 1891 merujuk kawasan itu sebagai Damar Sara.

12 kawasan Damansara:
ㅤ
1. Damansara Kim, SS20
2. Damansara Utama, SS21
3. Damansara Jaya, SS22 dan SS22A
4. Ara Damansara, PJU1A
5. Sunway Damansara, PJU3
6. Kota Damansara
7. Mutiara Damansara
8. Damansara Perdana, PJU8
9. Bandar Sri Damansara, PJU9
10. Damansara Damai, PJU10
11. Kwasa Damansara
12. Damansara Heights / Bukit Damansara

Setiap Damansara mempunyai kisahnya tersendiri, walaupun nama yang sama, tetapi sejarah yang berbeza membentuk identiti Damansara.

SAYS.com
Image via KL Office Leasing

Malah terdapat beberapa tempat lain mula menggunakan nama Damansara seperti Flora Damansara, Pelangi Damansara, Phileo Damansara, Empire Damansara dan pelbagai lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: