Pengerusi Persatuan Peniaga Dakwa Gaji RM2,500 Boleh Halang Majikan Ambil Graduan Baharu

Menurut beliau, majoriti graduan baharu yang mula bekerja mempunyai pengalaman yang sangat terhad.

Cover ImageCover image via Universiti Malaya & Borneo Post

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan baru-baru ini telah mencadangkan gaji minimum RM2,500 sebulan bagi graduan dan pekerja separa mahir menerusi Belanjawan 2027

Perkara ini disifatkan sebagai langkah permulaan baik tetapi ia masih belum mencukupi untuk menampung kos sara hidup khususnya di bandar.

Dilaporkan oleh Free Malaysia Today, Pengerusi Persatuan Peniaga Bumiputera Miri Sarawak (PBMS), Hafidz Rohani memberi peringatan untuk kerajaan di mana gaji minimum RM2,500 ini perlu diteliti dengan lebih lanjut dan berkemungkinan menjadi halangan untuk mereka mendapatkan kerja.

Perkara ini lebih merisaukan jika syarikat perlu menanggung kos upah yang lebih tinggi tanpa peningkatan produktiviti serta-merta atau subsidi latihan khusus daripada kerajaan.

Hafidz mempunyai latarbelakang sebagai seorang usahawan yang sudah lama berkecimpung. Beliau mendapati majoriti graduan baharu yang mula bekerja mempunyai pengalaman yang sangat terhad.

"Sekiranya majikan dijangka tawar gaji permulaan sebanyak RM2,500, sesetengah daripada mereka cenderung untuk mengaji pekerja berpengalaman yang boleh terus memberi sumbangan, berbanding mengambil graduan baharu yang memerlukan latihan dan bimbingan," kata Hafidz.

SAYS.com

Pengerusi Persatuan Peniaga Bumiputera Miri Sarawak (PBMS), Hafidz Rohani

Image via Borneo Post

Graduan baharu perlukan peluang untuk menyertai tenaga kerja

Pada awal permulaan bekerja, graduan perlukan peluang untuk menyertai tenaga kerja untuk belajar bersama rakan sejawat yang lebih senior bagi membuktikan potensi mereka dari semasa ke semasa.

Walaubagaimanapun, tekanan kos boleh menyebabkan syarikat semakin keberatan untuk mengambil pekerja yang belum berpengalaman sekaligus menyebabkan bakal pekerja muda berdepan risiko pengangguran untuk tempoh yang lama.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bernama

"Kita mahu graduan memperoleh pendapatan yang wajar, tetapi kita mesti memastikan perniagaan bersedia untuk mengambil dan melatih mereka," katanya.

Beliau turut menjelaskan perkara ini disokong untuk pertumbuhan gaji, tetapi kerangka ganjaran perlu mengambil kira tahap kemahiran individu, kerumitan tugas dan keupayaan majikan untuk menyediakan bimbingan profesional.

Kerajaan perlu memperjelaskan skop dasar tersebut jika gaji RM2,500 adalah penanda aras yang perlu dipakai semua syarikat atau hanya sektor-sektor terpilih sahaja.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: