Pas MyKomuter50 Bakal Diperkenalkan Bermula Januari 2027, Jimat Ratusan Ringgit Sebulan

Pas bulanan ini eksklusif untuk warganegara Malaysia sahaja.

Cover ImageCover image via Scoop & New Straits Times

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Pengangkutan bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memperkenalkan pas perjalanan tanpa had baru khas untuk KTM Komuter

MyKomuter50 pas bulanan berharga RM50 diwujudkan bagi mengurangkan kos pengangkutan dan sara hidup pengguna perkhidmatan KTM Komuter.

Dilaporkan oleh New Straits Times, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengatakan pas ini akan terbuka hanya untuk warganegara Malaysia sahaja dan semua orang yang layak boleh berdaftar menggunakan MyKad untuk menikmati perkhidmatan KTM Komuter selama 30 hari tanpa had.

"Pertama sekali, kelayakan adalah sangat mudah, pemohon mesti berwarganegara Malaysia.

"Mereka boleh menggunakan MyKad, sama seperti My50 Prasarana. Hanya gunakan MyKad untuk berdaftar dan mendapatkan pas,"
katanya.

SAYS.com

Menteri Pengangkutan, Athony Loke.

Image via Harian Metro

Bantu kurang kos sara hidup dan boleh jimat ratusan ringgit

Anthony Loke mengatakan pas bulanan ini sangat berbaloi dalam mengurangkan kos sara hidup.

"Sebagai contoh, jika seseorang tinggal di Tanjung Malim dan bekerja di Kuala Lumpur, tambang bulanan boleh mencecah sehingga RM416 untuk 20 hari bekerja ulang-alik. Dengan MyKomuter50, mereka dapat menjimatkan RM366 sebulan," katanya.

Pas ini juga boleh digunakan di wilayah lain termasuk sektor utara seperti Alor Setar ke Butterworth yang boleh menjimatkan sehingga RM250 sebulan. Shuttle Selatan (Kluang ke Johor Bahru) penjimatan melebihi RM200 serta laluan Seremban ke Kuala Lumpur dengan penjimatan sekurang-kurangnya RM300 sebulan.

SAYS.com
Image via New Straits Times / Najmi Nor'Azam

Kualiti dan kekerapan perkhidmatan kereta api juga akan ditingkatkan secara berperingkat.

Loke menambah, 12 set tren baharu akan mula beroperasi bagi KTM Komuter Sektor Utara seawal Februari 2027. Bagi Sektor Klang pula, kekerapan tren juga akan ditingkatkan.

Sebanyak 42 set tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter kini dalam proses perolehan untuk menambah baik perkhidmatan rel negara.

KTMB kini masih dalam fasa pengakhiran untuk bagaimana penumpang dapat membeli terus pas ini melalui sistem tiket sahaja.

SAYS.com
Image via KTM Berhad

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: