Perlukah Letak Minyak Semasa Rebus Pasta? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Petua ini masih belum lapuk, tetapi penyelesaian sebenar lebih mudah dari disangka.

Cover ImageCover image via She Loves Biscotti & TheMom100

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rakyat Malaysia mesti pernah dengar petua masukkan minyak ke dalam pasta ketika merebusnya

Malah ramai orang melakukan perkara ini atas dasar pasta tidak akan melekat.

Ramai tukang masak di rumah yang melakukan perkara ini. Mungkin selepas ini tanggapan anda akan berubah.

SAYS.com
Image via Serious Eats

Sebenarnya menambah minyak ke dalam air rebusan adalah satu pembaziran minyak, malah boleh merosakkan kualiti pasta anda.

Perkara ini sebenarnya mitos dimana menambah minyak ke dalam air pasta dapat mengelakkan mi daripada melekat dan telah wujud berpuluh-puluh tahun. Sudah menjadi satu perdebatan di dalam dan di luar negara mengenai minyak dalam air.

Jadi mengapa menambah minyak ke dalam air tidak berkesan?

Sebelum itu, penjelasan mengapa menambah minyak ke dalam air sebenarnya tidak berkesan. Motifnya adalah untuk memastikan ia menyalut mi semasa memasak dan tidak melekat.

Tetapi minyak dan air tidak akan bercampur. Malah dalam masyarakat Malaysia sendiri wujudnya pepatah bagai minyak dengan air (orang yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampur jadi satu.).

Image via Indy100

Minyak yang anda tuang ke dalam air pasta akan terapung di bahagian atas sebagai lapisan nipis dan tidak akan sebati ke seluruh periuk. Pasta hanya berada di bawah lapisan permukaan itu sepanjang tempoh memasak. Oleh itu, minyak tidak akan langsung menyentuh mi.

Punca sebenar pasta melekat ketika merebus

Punca sebenar pasta melekat langsung tiada kaitan dengan kekurangan minyak.

Apabila dimasak kanji di permukaan akan mengembang dan menggelembung dalam beberapa minit pertama. Jika pasta tidak dikacau, kanji melekit itu akan bercantum dan membentuk gumpalan. Apa yang anda perlu buat ialah mengacau periuk tersebut setiap beberapa minit. Kacauan itu akan membantu mi anda terpisah dan masak secara sekata. Tiada minyak diperlukan.

Image via G&B

Jika bimbang air mendidih melimpah keluar, minyak juga tidak akan membantu anda. Lemak tidak akan mengurangkan buih yang naik ke tepi periuk anda.

Jadi, gunakan periuk yang lebih besar dan api yang lebih perlahan sebagai satu penyelesaian mudah.

Menambah minyak ke dalam air memudaratkan pasta

Menambah minyak sebenarnya bukan sahaja membazir tetapi memudaratkan pasta anda.

Ketika anda menapis, minyak yang sudah ada di dalam air akan menyentuh pasta pada saat akhir.

Perkara ini akan menyebabkan pasta anda berminyak dan menghalang kuah atau sos daripada menyalut setiap pasta yang telah anda rebus.

SAYS.com
Image via She Loves Biscotti

Pasta yang telah licin ini juga akan menyebabkan anda sukar untuk makan kerana lapisan nipis minyak yang akan membuatkan kuah pasta bertakung di dasar mangkuk bukannya menyalut setiap suapan.

Minyak zaitun hanya boleh digunakan jika anda mahu mengelakkan pasta daripada bergumpah setelah anda menapisnya. Sesuai untuk hidangan bufet atau pasta yang dimasak terlebih dahulu untuk digaulkan dengan kuah di kemudian hari.

Jadi apa yang patut kita buat?

Akhir kata, elakkanlah dari meletakkan minyak ke dalam air rebusan anda.

Ia tidak mengelakkan daripada melekat, tidak menghentikan air daripada melimpah, dan semestinyha tidak membuatkan rasa menjadi lebih sedap.

Apa yang minyak itu buat hanya memastikan kuah jatuh ke dasar mangkuk.

SAYS.com
Image via TheMom100

Tips paling penting adalah mengacau pasta. Kacau pada beberapa minit pertama dan gunakan periuk yang lebih besar dan masukkan garam secukupnya untuk memberi rasa sehingga ke dalam pasta.

Gunakanlah minyak zaitun atau minyak lain untuk hiasan, menggoreng, atau direnjiskan pada pasta selepas digaul dengan kuah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: