Syed Saddiq Tampil Bidas Kritikan Bekas Menteri Indonesia Mengenai Isu Jerebu

Jerebu tidak memilih warna kulit, agama, atau kewarganegaraan.

Cover ImageCover image via @syedsaddiq (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik

Syed Saddiq baru-baru ini mengulas kritikan bekas Menteri Perdagangan Indonesia Muhammad Lutfi

Muhammad Lutfi telah mengeluarkan kenyataan tersebut selepas gesaan Syed Saddiq supaya ASEAN memulaukan Indonesia susulan isu jerebu rentas sempadan yang terus berulang.

Dalam satu hantara video di TikTok, Syed Saddiq telah memberi maklum balas ini kena bekas menteri berkenaan.

Menurut Syed Saddiq, isu ini tidak boleh dilihat sebagai ketidakfahaman antara dua negara tetapi perlu ditangani melalui tindakan berasaskan bukti kepada mana-mana pihak yang didapati mencemarkan alam sekitar.

Jika ada mana-mana syarikat Malaysia, Indonesia atau Singapura dibuktikan membakar hutan demi keuntungan perlu dikenakan tindakan undang-undang dari Indonesia.

"Bapak, ini bukan soal Malaysia lawan Indonesia. Bendera kita berbeza, tapi bila sesak nafas, deritanya sama. Kalau ada bukti hukum, saya tak akan jadi pelindung pencemar walaupun dari negara saya sendiri," kata beliau.

SAYS.com
Image via @syedsaddiq (TikTok)

Anak Malaysia, anak Indonesia pun sesak nafas


Beliau telah memberikan tiga respon untuk menjawab ulasan bekas menteri Indonesia berkenaan.

Syed Saddiq mengatakan tindakan undang-undang perlu diambil terhadap mana-mana syarikat yang terbukti melanggar undang-undang pembakaran hutan tanpa mengira dari negara mana mereka datang.

Beliau sendiri menegaskan supaya Parlimen Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap syarikat Malaysia yang terlibat.

SAYS.com
Image via @syedsaddiq (TikTok)

Tambahan lagi, menurut beliau, keluasan ladang bukan bahan bukti bersalah, Syed Saddiq menjelaskan walaupun saiz perladangan seperti SD Guthrie besar, tidak bermakna sesebuah syarikat itu yang menjadi punca tercetusnya kebakaran hutan.

Syarikat berkenaan telah menelan belanja mencecah RM800,000 sebulan untuk menangani kebakaran ini merangkumi lebih 1,000 anggota pemadam kebakaran yang terlatih dengan kelengkapan pemantauan dron dan inframerah.

Selain itu, Syed Saddiq mengatakan laporan Greenpeace yang merekodkan 19 titik sumber asap di konsesi syarikat KLK dari keseluruhan 6,811 titik yang berindikasi. Jangan terlalu fokus kepada penyumbang sebanyak 0.3% dan mengabaikan 99.7% punca kebakaran yang lain.

Syarikat yang untung tetapi rakyat yang menanggung masalah

Tindakan orang yang tidak bertanggungjawab yang membakar hutan demi meraih keuntungan cepat dikritik Syed Saddiq.

SAYS.com
Image via @syedsaddiq (TikTok)

"Bila hutan dibakar untuk keuntungan, untung masuk akaun syarikat, asap masuk paru-paru rakyat. Anak Malaysia sesak nafas, anak Indonesia pun sesak nafas," katanya.

Syed Saddiq menyeru agar pihak berkuasa dan masyarakat memberi tumpuan kepada perlindungan nyawa manusia berbanding melindungi pesalah disebabkan kewarganegaraan.

"Jerebu tidak memilih warna kulit, agama, atau kewarganegaraan. Jangan bela pembakar kerana benderanya, bela rakyat kerana nyawanya," katanya.

Video penuh di sini:

@syedsaddiq

Ini bukan Malaysia lawan Indonesia. Ini rakyat yang mahukan udara bersih melawan pihak yang mengotorkannya. Bila hutan dibakar untuk keuntungan: Anak Malaysia sesak nafas. Anak Indonesia pun sesak nafas. Untung masuk akaun syarikat. Asap masuk paru-paru rakyat.

♬ original sound – Syed Saddiq

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: