“Kami Masih Mampu”- Indonesia Tangguhkan Bantuan Malaysia Padam Kebakaran Hutan

Difahamkan, selagi tidak diisytiharkan bencana nasional, selagi itu bantuan tidak boleh dimulakan.

Cover ImageCover image via Scoop & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bantuan luar bagi membantu Indonesia memadam kebakaran hutan dan tanah ditangguhkan

Sokongan daripada beberapa negara lain termasuk Malaysia perlu ditunggu sehingga republik itu mengisytiharkannya bencana nasional.

Dilaporkan oleh Harian Metro, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan Dudung Abdurachman mengatakan Indonesia masih belum berbuat demikian memandangkan kerajaan masih berupaya menangani krisis itu menggunakan sumber tempatan.

SAYS.com

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan Dudung Abdurachman.

Image via Scoop

"Buat masa ini, kita masih berupaya. Negara kami masih berupaya, seperti yang saya katakan sebelum ini, Malaysia ada menawarkan bantuan, sekiranya diisytiharkan sebagai bencana nasional, bantuan itu akan dihulurkan.

"Ini bukan soal bantuan semata-mata, tetapi terdapat juga banyak cabaran teknikal di lapangan, termasuk pengagihan bahan api dan isu logistik yang lain,"
katanya.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Malaysia sudah sedia membantu dan telah mencadangkan mekanisme kerjasama peringkat ASEAN

Mekanisme kerjasama peringkat ASEAN juga telah dicadangkan di mana Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kesediaan Malaysia untuk membantu.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi bahawa Malaysia sedia menggerakkan aset termasuk sebuah pesawat Bombardier CL-415MP, tiga helikopter dan 50 anggota.

Tetapi semua penghantarannya masih menunggu kelulusan rasmi daripada pihak Indonesia.

SAYS.com

Kebakaran hutan di Kalimantan.

Image via AFP/New Straits Times

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: