Warga Puncak Alam Digemparkan Dengan Gangguan & Ketukan Misteri Pukul 3 Pagi
Siapa yang ketuk? Katanya 'gula-gula'.
Cover image via Wikimedia & Gambar janaan AIFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penduduk di sekitar Puncak Alam mendakwa mereka telah diganggu oleh satu bunyi ketukan misteri di pintu rumah mereka
Menerusi ciapan dari ramai penduduk Puncak Alam, ramai berkongsi pengalaman yang sama dimana pintu rumah mereka diketuk dengan sangat kuat sekali jam 2 hingga 3 pagi.
Terdapat beberapa penduduk yang menunjukkan rakaman litar tertutup (CCTV) mereka dengan bunyi ketukan yang sangat kuat tetapi tiada orang yang mengetuknya.
Seorang pengguna Threads dengan nama @firdaus0688 juga ada berkongsi rakaman CCTV dari rumahnya.
"Betul ada dengar gak kelmarin dari dalam rumah macam bunyi ketuk pintu.. FASA3 ni ada rakaman audio.. terus saya cek CCTV betul ke tak ada org dan download.. pakar² sila kenal pasti bunyi apakah sebenarnya.." katanya.

Spekulasi mengatakan rumah-rumah mereka diketuk pocong
Disebabkan riuh di seluruh Puncak Alam, ada orang mula mengatakan perkara ini adalah hasil ketukan 'gula-gula' (hantu pocong).
"Kecoh dah orang ketuk pintu 2 hingga 3 pagi sekitar Puncak Alam. Orang kata 'gula-gula' (merujuk hantu pocong) ye ke?," kata Balkissalleh di Threads.

Antara yang terawal mengatakan rumahnya menerima gangguan mistik adalah @hqflz di Threads.
"Assalammualaikum warga puncak alam, saya dan rakan serumah ada kena ganggu mistik di rumah yang kitaorg menyewa, ada tak sapa2 tahu mana2 ustaz yang bole saya contact? Urgent. Kitaorg semua ketakutan," katanya.
Ada netizen yang mengatakan tuan lama makhluk itu telah membuangnya dan ia sedang mencari tuan yang baru.

Apa yang perlu buat apabila nampak 'hantu'?
Satu video dari Ustaz Azhar Idrus telah menjawab persoalan ini.
"Yang wujud itu syaitan, wajib kita percaya hantu syaitan itu wujud, haram kita percaya kepada hantu syaitan," kata beliau.
Jika diganggu, Ustaz Azhar Idrus mengatakan jangan rasa takut dan sebaliknya menyarankan kita untuk membaca doa ini sebanyak tiga kali.
عُوذُ باللّهِ مِنْك,أَلْعَنُكِ بِلَعْنَةِ الله
A'uzubillahi minka, al'anuka bilaknatillah 3x
(Aku berlindung kepada Allah daripada engkau, aku melaknat engkau dengan laknat Allah.)
Beliau memesan anda perlu berani, jangan panik, dan terus membaca doa. Jika anda terlihat makhluk ini di tempat-tempat seperti tandas atau rumah tidak perlu melaungkan azan hanya cukup membaca doa di atas.
Kalau bukan 'gula-gula' apa penjelasan dari segi saintifik?
Perkara ini juga pernah berlaku di Bertam pada Disember tahun lepas.
Dilaporkan oleh Mstar, bunyi ini terhasil daripada kesan tekanan atmosfera dan suhu wilayah yang digelar atmospheric pressure – induced structural noise.
Fenomena ini lazimnya berlaku pada sekitar awal pagi hingga 5:30 pagi di mana suhu persekitaran berada pada tahap paling rendah.
Perubahan tekanan udara yang berlaku secara serentak ini memberi kesan kepada struktur bangunan seperti pintu besi, grill, pagar dan bumbung dimana proses pengembangan dan pengecutan mendadak menghasilkan bunyi kuat seperti ketukan.
Namun persoalannya untuk penduduk Puncak Alam adakah ia makhluk entiti misteri atau hanyalah tekanan atmosfera sahaja?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


