Apa Itu G6PD? Ketahui Pantang Larang Wajib Buat Penghidap Yang Kekurangan Enzim Ini

Ramai yang tak pernah dengar apa itu G6PD Deficiency.

Cover ImageCover image via Warstek & Candy House

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ada yang pernah terdengar, dan ada juga yang tidak mengetahui langsung apa itu kekurangan enzim Glukosa-6-Fosfat Dehidrogenase (G6PD)

Mesti anda pernah melihat kawan-kawan anda mengatakan mereka menghidap G6PD dan perlu berpantang dari makan beberapa jenis kacang seperti kacang parang dan tidak boleh menghidu bau aerosol ubat nyamuk.

G6PD ini adalah salah satu masalah genetik yang berkaitan enzim darah yang sangat lazim dan ditemui dalam kalangan penduduk Asia Tenggara, Mediterranean dan Afrika.

Di Malaysia, saringan G6PD akan dijalankan untuk setiap bayi yang baru lahir supaya boleh dikesan seawal mungkin.

Jadi apa itu kekurangan G6PD?

G6PD (G6PD Deficiency) adalah sejenis enzim yang penting dan terdapat di dalam sel darah merah. Fungsi utama enzim ini adalah untuk memproses karbohidrat yang menghasilkan antioksida untuk melindungi sel darah merah daripada kerosakan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via WebMD

Kekurangan ini disebabkan oleh mutasi genetik pada kromosom X. Oleh sebab lelaki hanya mempunyai satu kromosom X (XY), mereka lebih berisiko untuk mengalami keadaan ini berbanding wanita (XX) yang selalunya adalah pembawa.

Jika enzim ini tidak mencukupi, sel darah merah akan menjadi rapuh dan mudah pecah lebih awal dari tempoh hayat normalnya lebih kurang 120 hari.

Apa pantang larang yang wajib anda tahu jika anak menghidap G6PD?

Bagi individu penghidap kekurangan G6PD kehidupan anda normal tetapi mereka perlu mengelak dari beberapa makanan atau bahan yang mencetuskan oksidatif.

1. Kacang parang (Fava Beans)

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via TikTok

Antara pantang larang paling keras buat penghidap G6PD. Kacang parang boleh menjadi pencetus paling mudah kerana ramai penghidap akan tersilap memakan kacang ini.

Sebatian dalam kacang ini boleh menghasilkan bahan kimia pengoksidaan kuat di dalam darah.

Mengikut tahap G6PD seseorang itu, ada yang perlu berpantang banyak lagi jenis kekacang (legumes) yang lain.

2. Ubat gegat (moth balls) atau racun aerosol serangga

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via eCentral

Ubat gegat biasa digunakan untuk menghalau serangga gegat bukannya untuk menghalau lipas.

Mengandungi bahan yang digelar naftalena, wap yang dihasilkan ubat gegat atau sentuhan boleh mencetuskan hemolisis pada pesakit terutamanya bayi.

Racun aerosol untuk nyamuk, lipas dan lain-lain turut mempunyai naftalena dan jika disedut boleh mencetuskan hemolisis di mana sel darah merah akan rosak dengan cepat.

Jika boleh dielakkan lebih baik elak. Untuk penghidap G6PD yang sudah dewasa anda boleh menyembur aerosol ke dalam bilik terlebih dahulu dan biarkan pengudaraan di dalam bilik tertutup dan hanya masuk semula setelah tiada lagi bau. Perkara yang sama untuk kanak-kanak.

3. Ubat-ubatan tertentu

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Dewan Kosmik

Beberapa jenis ubat rawatan perlu dielakkan oleh penghidap G6PD atau digunakan dengan berhati-hati di bawah pengawasan doktor.

Sebagai penghidap G6PD anda wajib memberitahu doktor mengenai perkara ini supaya pekerja perubatan dapat memberi ubat yang sesuai.

Antara ubat yang perlukan anda untuk berjaga-jaga adalah beberapa jenis antibiotik, antimalaria dan ubat tahan sakit dos tinggi tertentu.

Elakkan dari menggunakan ubat-ubatan tradisional herba dan ubat yang tanpa kelulusan.

Pastikan anda mendapat nasihat yang sah daripada doktor perubatan terlebih dahulu.

Pencegahan terbaik adalah dengan memberitahu doktor, ahli farmasi atau jururawat mengenai status G6PD anda sebelum memulakan rawatan atau menerima ubat baharu.

Periksa label produk terlebih dahulu kerana tersilap makan adalah antara kesilapan yang paling mudah terjadi.

Apa akan berlaku jika anda terdedah kepada bahan pencetus?

Jika penghidap G6PD terdedah kepada bahan pencetus, sel darah merah akan musnah secara mengejut dengan pantas. Perkara ini digelar sebagai anemia hemolitik akut.

Antara komplikasi yang boleh berlaku termasuk jaundis teruk kepada bayi yang baru lahir, gejala anemia akut, air kencing menjadi gelap dan kerosakan buah pinggang.

G6PD bukanlah halangan anda untuk hidup secara normal. Yang penting kesedaran, mencegah dan patuh kepada pantang larang yang ada.

Bertindak segera dan secepat mungkin dengan mendapatkan rawatan hospital jika terdapat tanda-tanda anemia atau jaundis.

SAYS.com
Image via Public Health Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS