11 Sebab Kenapa Saya Rasa Duduk Rumah Sewa Lebih 'Best' Daripada Tinggal Di Hostel
Rindunya rumah sewa. =(
Sewaktu zaman study dulu, saya ada pengalaman antara duduk di hostel dan juga duduk rumah sewa. Dan bagi saya memang banyak beza antara kedua-dua benda ni.
Saya merupakan bekas pelajar UiTM dan menghabiskan 3 tahun ijazah di UiTM cawangan Shah Alam. Seperti biasa semasa semester pertama saya diberikan kemudahan hostel untuk saya diami. Namun, kebiasaannya bagi pelajar UiTM, untuk semester kedua mereka terpaksa keluar dari kolej. Tetapi saya bernasib baik kerana pada semester dua saya masih lagi tinggal di hostel kerana saya boleh dikatakan agak aktif dengan aktiviti-aktiviti di hostel.
Bagaimanapun, sewaktu semester 3 saya perlu akur bahawa saya terpaksa juga tinggalkan hostel dan mula menyewa di luar. Rupa-rupanya, tinggal di rumah sewa ni lagi best dari stay di hostel.
Kenapa? Ini antara sebabnya:
1. Lagi selesa
Antara sebab utama saya rasa duduk rumah sewa lagi best daripada tinggal kat hostel adalah sebab keselesaan tinggal di rumah sewa adalah jauh berbeza dengan stay di hostel. Contoh mudah, di rumah sewa saya tak perlu berkongsi toilet dengan ramai orang. Kebersihan bilik air lebih terjaga kerana hanya beberapa individu yang menggunakannya.
2. Lebih bebas
Di rumah sewa tiada undang-undang dan peraturan seperti di kolej. Saya boleh buat apa saja yang saya mahu. Tapi benda-benda baik je ya. Saya tak buat perkara bukan-bukan. Bebas-bebas juga, jangan sampai kelas pun tak nak pergi.
3. Tak ada curfew hours
Tadi saya cakap tinggal di rumah sewa agak bebaskan? Ini antara salah satu sebabnya. Di rumah sewa tiada siapa nak larang balik lambat tengah malam. Tapi at least beritahu lah kawan serumah anda ke mana. Nanti senang kalau apa-apa berlaku.
Contohnya saya ni memang aktif dengan kelab teater di universiti. Jadi, memang setiap hari akan tamat latihan lewat malam. So, bila stay rumah sewa, agak mudah buat saya. Tak perlu nak lalui soal siasat dengan polis bantuan seperti di hostel.
4. Tak ada spotcheck
Tak ada orang nak datang ketuk pintu tiba-tiba tengah malam. Jadi, malam saya lebih tenang berbanding masa duduk hostel dulu. Hehe.
5. Waktu ni lah belajar berjimat
Waktu ni lah saya belajar berjimat. Maklumlah, dah nama pun rumah sewa, tentulah saya perlu membayar sewa. Jadi, duit pinjaman PTPTN yang saya terima tu saya perlu gunakan dengan bijak.
Misalnya untuk barang-barang dapur kitorang kumpul RM5 seorang. Kalau 8 orang dah RM40. Dengan RM40 ni cukuplah untuk beli sekampit beras dan bahan-bahan mentah yang lain. Lepastu nanti boleh kongsi sama-sama. Kan dah jimat kat situ?
6. Boleh masak sendiri
Saya ni kuat makan. Bila teragak nak makan tu mulalah saya mencari makanan. Kalau mula-mula dulu duduk di kolej, kalau lapar mesti perlu ke medan selera seksyen 2. Kat kolej, peralatan memasak diharamkan dan peralatan eletrik dan elektronik pula dikenakan bayaran. Tapi di rumah sewa lain sebab peralatan memasak di dapur rumah semuanya complete.
Kadang-kadang hujung minggu kitorang buat kenduri kecil-kecilan dan masak beramai-ramai. Paling best waktu nak makan. Mesti masing-masing berebut nak cedok lauk dulu. Haha inilah yang dikatakan memori. Anda tahu tak?
7. Dapat kenal jiran tetangga
Mungkin tak semua student macam ni. Tapi kami satu rumah memang mesra dengan jiran tetangga. Lagi-lagi jiran yang berkeluarga ni. Selalu sangat terima makanan masakan kampung diorang. Mak cik sebelah rumah tu masak memang power! Secara tak langsung dapat jugaklah mengubati rindu masakan mak kat kampung. Duit pun tak luak! Hehe.
8. Dapat rasa feeling berkeluarga
Apabila duduk serumah ni kadang-kadang feeling berkeluarga tu memang ada. Tak kisahlah anda lelaki ke perempuan, mesti akan ada rasa macam ni. Bukan apa, bila kita dah duduk serumah ni, kita jadi lebih kenal antara satu sama lain. Solat jemaah pun sama-sama.
Seperti saya dan kawan-kawan kitorang memang ada plan aktiviti hujung minggu bersama. So waktu ni kitorang spend time together. Jadi, hubungan silaturahim tu dapat dieratkan.
9. Group assignment sama
Ini kelebihan buat mereka yang satu kelas dan serumah. Kalau ada group assignment selalunya kitorang akan berada dalam group yang sama. So, nanti senanglah nak bincang apa-apa kami bincang saja di rumah.
10. Serumah dengan orang bekerja
Saya bukan sahaja tinggal bersama pelajar tetapi juga tinggal serumah bersama seorang yang bekerja. Kitorang panggil dia 'Abang Poji' sebab dia memang lebih tua daripada kitorang semua. Secara tak langsung, dengan adanya 'Abang Poji' kami lebih behave dan selalu terima nasihat dari dia. So, at least we have someone yang boleh tegur kitorang kalau ada buat benda-benda yang tak betul. Kan?
11. WiFi rumah lagi kuat dari hostel
Haaa yang ni best. Kitorang collect sorang sikit tiap-tiap bulan untuk bayar bil internet. Bila ada WiFi kat rumah sewa ni lagi senang kerja kitorang nak buat assignment. lagi-lagi layan YouTube. Haha. Kalau nak harapkan WiFi hostel, tahun depan belum tentu kau boleh log in Facebook tu.
Setuju dengan senarai di atas? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah!
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!