lifestyle

3 Hidangan Menarik Yang Boleh Dibuat Menggunakan Lebihan Rendang

Tak kira jika anda sukakan potato skins, sushi atau meatballs, semuanya boleh dibuat menggunakan lebihan rendang =)

Cover image via SAYS

Inginkan idea lain dari yang lain untuk hidangkan lebihan rendang selepas Raya nanti? Jom cuba 3 idea menarik ini!

Jika anda sukakan resipi yang meggunakan ubi kentang, Rendang Potato Skins ini memang wajib dicuba!

Image via SAYS

Hidangan ini menggunakan lebihan rendang yang ditumis dengan sayuran, dimasukkan ke dalam kulit ubi dan dilengkapkan lagi dengan mashed potatoes.

Bahan-bahan:
- Ubi kentang
- Minyak zaitun
- 1 biji bawang kuning (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 2 cawan lebihan rendang
- 2 biji tomato (dibelah empat)
- 1/2 cawan lobak merah (dipotong kiub)
- 1/2 cawan kacang peas
- 100g mentega
- 1/2 cawan Cheddar parut
- 1/2 cawan susu
- Garam dan lada

Cara-cara:
1. Panaskan ketuhar dengan suhu 200°C.
2. Sapukan ubi kentang dengan minyak zaitun.
3. Cucukkan ubi kentang dengan garpu.
4. Balut ubi kentang dengan Glad Aluminum Foil.
5. Bakar selama 45 minit.
6. Keluarkan isi ubi kentang.
7. Gaul isi ubi kentang dengan mentega, Cheddar, susu, garam, dan lada.
8. Dalam kuali, panaskan minyak zaitun.
9. Tumis bawang kuning dan bawang putih.
10. Masukkan rendang dan tumis.
11. Masukkan tomato dan masak hingga lembut.
12. Masukkan lobak merah, kacang peas, garam, dan lada. Masak hingga lembut.
13. Cedokkan rendang ke dalam kulit ubi kentang.
14. Pipe kentang putar ke atas isi rendang.
15. Bakar 15 minit.
16. Siap untuk dihidang!

Minat makanan Jepun? Gunakan lebihan rendang anda untuk dijadikan Sushi Roll!

Image via SAYS

Resipi mudah ini menggunakan lebihan rendang yang digulung dengan nasi sushi bersama hirisan lobak, timun, dan telur dadar.

Bahan-bahan:
- Lebihan rendang
- Seaweed
- Nasi sushi (sudah dimasak)
- Hirisan lobak merah
- Hirisan timun
- Telur dadar

Cara-cara:
1. Pro Tip: Balut sushi mat dengan Glad Cling Wrap untuk memudahkan sushi digulung.
2. Letakkan kepingan seaweed di atas cling wrap.
3. Lembapkan tangan dan padatkan nasi sushi ke atas seaweed.
4. Susun rendang, lobak merah, timun, dan telur dadar di atas nasi.
5. Gulung dan tekan sehingga sushi menjadi padat.
6. Lembapkan pisau dan hiris. Lap pisau dengan kain lembap setiap kali sebelum menghiris.
7. Siap untuk dihidang!

Percaya atau tidak, lebihan rendang sebenarnya boleh digunakan untuk membuat Rendang Meatballs

Image via SAYS

Bebola daging yang unik dan simple ini dibuat menggunakan lebihan rendang yang digaul bersama breadcrumbs, telur, garam, dan lada, dan diisi kiub Mozzarella.

Bahan-bahan:
1 cawan lebihan rendang
1 cawan breadcrumbs
1 biji telur
Garam dan lada
Kiub Mozzarella

Cara-cara:
1. Panaskan ketuhar dengan suhu 175°C.
2. Gaul rendang, breadcrumbs, telur, garam dan lada.
3. Ambil secubit adunan dan bentukkan menjadi bola.
4. Leperkan, masukkan kiub Mozzarella, dan bentukkan menjadi bola semula.
5. Alas dulang membakar dengan Glad Aluminum Foil.
6. Susun bebola rendang ke atas dulang dan bakar selama 30 minit.
7. Siap untuk dihidang!

Tip: Lengkapkan sesi memasak anda dengan rangkaian produk Glad!

Image via Glad

Pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya satu pek Glad Aluminum Foil yang versatil ini semasa mencuba resipi yang menggunakan ketuhar. Aluminum foil ini boleh digunakan sebagai alas dulang membakar supaya mudah untuk dicuci selepas membakar. Anda boleh juga menggunakannya untuk membalut bahan-bahan seperti ubi kentang semasa dibakar, supaya lebih cepat masak.

Image via Glad

Glad Cling Wrap juga menjadi salah satu kelengkapan yang perlu ada di dapur untuk memudahkan proses memasak. Bukan saja cling wrap boleh digunakan untuk kekalkan kesegaran lebihan rendang, ia boleh juga digunakan untuk memudahkan lagi proses menggulung sushi.

Resipi mana yang akan anda cuba dulu? Beritahu kami di ruangan komen di bawah!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Inginkan idea desserts? Anda boleh juga gunakan rangkaian produk Glad untuk membuat hidangan-hidangan ini:

Dapatkan lebih banyak resipi di sini: