Ini Kisah Gadis Melayu Yang Dibuli Kerana Bertutur Dalam Bahasa Inggeris
Bukan sahaja dibuli, dia juga turut putus cinta atas sebab yang sama.
Minggu lepas, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pernyataan bahawa bahasa Inggeris tidak perlu dijadikan bahasa pengantar di sekolah
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, sebarang usaha untuk mengembalikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama di sekolah adalah bercanggah dengan Akta Pendidikan Kebangsaan 1996.
utusan.com.myBerikutan pernyataan ini, Idrila M. Idris telah berkongsi pengalaman buruk beliau di Facebook hanya kerana beliau selesa bertutur dalam bahasa Inggeris
Idrila menceritakan peristiwa ketika dia dibuli dan dituduh "perasan bagus" oleh beberapa orang senior semasa beliau menuntut di UiTM
Dia dikurung dalam bilik sehingga pukul 2 pagi, dipaksa menyanyi lagu Melayu dan membaca novel berbahasa Melayu dengan kuat sampai habis, dan diherdik "Kau ingat bagus sangat ke cakap Inggeris?"
facebook.comBukan itu saja, Idrila juga pernah putus cinta kerana teman lelakinya kurang senang bila beliau speaking
"Jangan acap kali cakap Inggeris," kata teman lelaki Idrila yang menyebabkan mereka membawa haluan masing-masing. Buat apa bercinta, kalau tak bebas mengekspresi diri sendiri, kan? Lagipun, siapa yang guna perkataan 'acap kali' dalam kehidupan seharian?
Bila menjejak kaki di alam pekerjaan, Idrila berpeluang menjadi penemuduga. Kualiti bahasa Inggeris kebanyakan calon? Menurut beliau, memang geleng kepala.
Soalan yang diajukan cuma soalan biasa dalam temuduga, bezanya ia dalam bahasa Inggeris. Kebanyakan mereka menghadapi kesukaran membuat walau satu ayat penuh, sedangkan syarikat tersebut adalah syarikat antarabangsa dan berpusat di Amerika Syarikat. Kalau tak tau bahasa Inggeris, bagaimana nak selesaikan urusan kerja?
Tujuan Idrila berkongsi pengalaman beliau adalah untuk menyangkal dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa bahasa Inggeris tidak perlu dalam pendidikan
Menurut Idrila, selain daripada kepentingan bahasa Inggeris dalam perkembangan kareer dan masa depan, bahasa Inggeris juga penting untuk mempertingkatkan diri beliau untuk menjadi seorang Muslimah yang lebih baik. Ini kerana beliau suka mendengar ceramah agama Islam dalam bahasa Inggeris yang dikongsi oleh cendikiawan agama luar negara di Youtube.
Idrila juga menyeru supaya para pemimpin membuka minda dan menyeimbangkan antara warisan dan budaya, dan keperluan dalam memajukan anak bangsa
Menguasai bahasa Inggeris bukanlah bermakna kita tidak sayangkan bangsa mahupun negara. Sebaliknya, ia adalah salah satu usaha untuk memajukan negara tercinta.
Kamu boleh baca perkongsian asal pengalaman Idrila M. Idris yang dibuli kerana berbahasa Inggeris di laman Facebook beliau sendiri