lifestyle

Sukakan Masakan Ala Arab? Lengkapkan Menu Anda Dengan Resipi Hummus Yang Mudah Ini

Hanya 5 bahan diperlukan! :D

Cover image via SAYS

Dengan rasa dan teksturnya yang unik, Hummus merupakan antara hidangan popular apabila menjamu selera di restoran Arab. Ianya bertambah enak apabila dimakan dengan roti Arab yang lembut!

Image via SAYS

Nak cuba buat Hummus sendiri di rumah? Begini caranya:

Bahan-bahan:
- 1 tin kacang kuda
- 3 sudu besar minyak zaitun
- 1 sudu besar tahini
- 2 sudu besar jus lemon
- 1 sudu kecil garam

Bahan-bahan (topping):
- Italian parsley
- Paprika

Cara-cara:
1. Masukkan kacang kuda, minyak zaitun, tahini, jus lemon, dan garam ke dalam food processor.
2. Kisar hingga sebati.
3. Tabur dengan paprika dan Italian parsley jika mahu.
4. Hidangkan dengan roti Arab.

Tahini merupakan sejenis pes yang diperbuat daripada bijan, dan biasa digunakan dalam masakan Arab. Di Malaysia, ianya boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar dan juga kedai runcit Arab.

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Suka resipi ini? Dapatkan resipi yang lain-lain juga!

You may be interested in: