Lengkapkan Hidangan Ramadan Anda Dengan Resipi Ikan Bakar 'Homemade' Mudah Ini
Cicah dengan air asam, memang terangkat!
Ingin cuba membuat Ikan Bakar sendiri di rumah untuk berbuka nanti?
Tak perlu lagi berasak dan beratur panjang di bazaar Ramadan untuk membeli hidangan kegemaran ramai ini!
Dapatkan resipinya di sini:
Bahan-bahan:
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 4 sudu besar pes sambal tumis Life
- 1 sudu besar pes perapan halia Life
- 1 sudu besar kicap masin Life
- 1 sudu kecil garam
- Ikan kembung
Cara-cara:
1. Blend bawang besar dan bawang putih.
2. Gaul bersama pes sambal tumis, pes perapan halia, kicap masin, dan garam.
3. Tumis.
4. Perap ikan dengan bahan perapan dan balut dengan daun pisang.
5. Biar perap selama 10 minit.
6. Bakar di atas dapur hingga masak.
7. Siap untuk dihidang!
Resipi ini menggunakan bahan-bahan keluaran Life untuk menghasilkan Ikan Bakar yang jauh lebih sedap daripada biasa!
Dengan campuran pelbagai bahan seperti cili, belacan dan rempah ratus, pes Sambal Tumis Life memberikan perasa yang cukup menarik kepada hidangan ini. Pes Perapan Halia Life pula menambah keharuman, dan gabungan pelbagai rasa dan aroma ini disempurnakan lagi dengan Kicap Masin Life.
Untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk keluaran Life, klik sini.
Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!
Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!