Kuih Keria Ni Nampak Macam ‘Complicated’ Tapi Rupanya Senang Sangat Nak Buat!
Jauh lebih mudah daripada membuat donat biasa, resipi ini hanya memerlukan 6 'ingredients' sahaja!
Cover image via SAYSBulan Ramadan semakin hampir, tentu ramai yang tak sabar menanti ketibaan juadah kegemaran di bazar-bazar nanti
Image via HANASUVA
Pelbagai kuih-muih bakal tersusun indah demi menarik perhatian para pembeli. Tetapi, jika kuih basic seperti kuih keria yang dicari, mungkin lebih baik jika dibuat saja sendiri? 😉
**Bahan-bahan:**
– 500g keledek (direbus)
– 1 cawan tepung gandum
– ½ cawan gula
– ¼ cawan air
– ½ sudu kecil garam
– Minyak masak
**Cara-cara:**
1. Lenyekkan keledek.
2. Tambah tepung dan garam, dan gaul sebati.
3. Uli segenggam adunan menjadi bulat dan tebuk lubang di tengah untuk mendapatkan bentuk kuih keria.
4. Goreng.
5. Dalam kuali lain, didihkan air dan gula.
6. Bila gula mula menjadi likat, tutup api dan salut kuih keria dengan gula.
7. *Enjoy!*
Resipi kuih apa pula yang ingin anda lihat selepas ini? Beritahu kami request anda dalam ruangan komen di bawah!
Image via The Muse
