Ingin Hidangkan 'Dessert' Unik Sempena Musim Cuti? Cuba Resipi Mango Sago Pudding Ini!
Khas untuk anda yang sukakan mangga!
Siapa sangka gabungan puri mangga dengan pudding sago bersantan dapat menghasilkan dessert yang begitu enak?
Anda wajib cuba resipi ini at least sekali! Begini cara membuatnya:
Bahan-bahan (pudding):
- 1/4 cawan sago
- 2 cawan santan
- 3 sudu besar gula melaka
- 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan-bahan (puri mangga):
- 1 biji mangga
- 1 sudu kecil jus limau
- 1/4 cawan santan
- 1 sudu kecil gula melaka
Bahan-bahan (topping):
- Daun pudina
- Kelapa parut kering
Cara-cara:
1. Untuk pudding sago, didihkan 1 1/2 santan bersama gula melaka dan esen vanilla.
2. Masukkan sago dan biar masak 7 minit.
3. Apabila sago mula menjadi kering, tambahkan 1/2 cawan santan dan biar masak selama 7 minit.
4. Apabila sago sudah masak, sejukkan selama 30 minit.
5. Untuk puri mangga, kisar mangga, jus limau, gula melaka dan santan. Sejukkan 30 minit.
6. Di dalam gelas hidangan, tuangkan puri mangga, diikuti dengan pudding sago dan kemudian puri mangga balik semula.
7. Hiasi dengan kelapa parut kering dan daun pudina jika mahu.
8. Siap untuk dihidang!
Lengkapkan sesi memasak anda dengan Teka! Rangkaian produk Teka yang moden dan berkualiti tinggi pasti memudahkan lagi kerja anda di dapur dan menjadikan hidangan kegemaran anda lebih enak. ;)
Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!
LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!