lifestyle

Pisang Goreng Cheese Terlalu 'Mainstream' Untuk Anda? Jom Cuba Versi Pelangi Pula!

Lagi 'colourful' lagi syok!

Cover image via SAYS

Buat snek warna-warni ni untuk minum petang pun syok juga! Ini resipinya:

Bahan-bahan:
- 1 sikat pisang
- ½ cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung beras
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- ½ sudu kecil garam
- 1 telur
- 400ml air
- Minyak masak
- 2 sudu besar mentega
- 2 sudu besar susu pekat
- Keju parut (cheddar)
- Kelapa parut
- 6 jenis pewarna (merah jambu, jingga, kuning, hijau, biru, ungu)

Cara-cara:
1. Campurkan tepung gandum, tepung beras, telur, kunyit, garam dan air
2. Gaul sehingga sebati
2. Pisang dipotong dua, tetapi jangan sehingga putus
3. Celupkan pisang dalam adunan tepung
4. Panaskan minyak dan goreng pisang
5. Asingkan kelapa parut menjadi 6 bahagian
6. Tambah satu pewarna untuk setiap bahagian kelapa
7. Dalam mangkuk lain, cairkan mentega dalam microwave
8. Campurkan dengan susu pekat
9. Salut pisang goreng dalam sos mentega-susu pekat
10. Tabur keju parut ke atas pisang
11. Hias pisang dengan kelapa berwarna-warni!

Pisang yang kami guna dalam video ialah pisang berangan, tetapi boleh juga guna pisang raja (paling recommended), pisang nipah, pisang tanduk atau pisang nangka

Pisang raja

Image via Instagram @siska_pranajaya

Yang paling best, hampir semua ramuan dalam resipi ini selalulanya memang ada di rumah, lagi-lagi untuk mereka yang gemar baking!

Image via SAYS

Jadi bila teringin pisang goreng cheese ni, bila-bila masa saja boleh buat =)

Kalau dah cuba resipi ni nanti, *share*lah gambar di ruangan komen di bawah ya? ;)

Jom kita buat Thai Green Tea Latte pula:

You may be interested in: