Sedang Ganti Puasa? Berbuka Hari Ini Dengan Minuman Soda Herbs 'Refreshing' Ini!
Memang menyegarkan!
Jika anda sedang mencari idea minuman yang menyegarkan setelah sehari suntuk berpuasa, resipi Soda Herbs ini khas untuk anda
Gabungan pelbagai bahan seperti daun pudina, serai, asam boi, dan laici menghasilkan perisa yang cukup unik dan menarik!
Cara penyediaannya pun amat ringkas dan mudah, dan boleh juga dihidangkan di bulan Ramadan nanti! Ikuti resipinya di sini:
Bahan-bahan:
- Daun pudina
- Serai
- Lemon
- Asam boi
- Laici
- Ais krim soda
- Ais
Cara-cara:
1. Titikkan serai dan masukkan ke dalam bekas minuman.
2. Hiris lemon dan masukkan ke dalam bekas minuman.
3. Masukkan daun pudina, dan tumbuk sedikit.
4. Masukkan asam boi, laici, ais, dan ais krim soda. Gaul.
5. Siap untuk dihidang!
Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!
Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!