makan

10 Promo Makanan 11.11 Paling Berbaloi & Jimat. Inilah Masa Untuk Satisfy Cravings Anda!

Yummy... Nak semua.

Cover image via @snackmt9 (Instagram) & @riomakan (Instagram)

Promosi 11.11? Yay, cheat day! Inilah masanya untuk makan sedap sedap... Lebih jimat, lebih berbaloi.

Image via GIPHY

Haa, yang selera besar, yang craving tu semua, alert! Tunaikan permintaan perut, craving anda esok. Confirm puas hati! Jangan tunggu lagi, jom tengok  promosi-promosi yang ditawarkan.

1. KFC

Image via KFC

Craving ayam kepci kriuk kriuk? Inilah masanya untuk penuhi kehendak tekak dan perut anda. Bila lagi? Buy 1 Free 1 tau! Promosi tertakluk kepada 3 set combo (1-pc rice combo, zinger classic dan 2-pc combo sahaja) dan promo code tertentu sahaja. 

Dapatkan maklumat lanjut di sini

2. Daboba

Peminat boba! Dapatkan minuman kedua untuk RM1 sahaja dengan setiap pembelian anda. Ajak kawan-kawan atau family, barulah berbaloi. Hanya tertakluk kepada 4 jenis minuman.

Dapatkan maklumat lanjut di sini.

3. llaollao

Image via llaollao

Dapatkan llaollao kegemaran anda dengan harga RM11 sahaja. Semua saiz ke? Ya, betul semua saiz! Caranya mudah sahaja, beli baucer RM11 llaollao di Shopee atau Lazada pada 11 November. Kemudian, redeem promosi tersebut menggunakan baucer yang telah dibeli pada 12 November sehingga 30 November. Promosi ini tidak terpakai untuk delivery dan takeaway tubs. 

Dapatkan maklumat lanjut di sini.

4. Burger King

Image via Burger King

Satu harga untuk dua burger. Wow syoknya! Beli burger Whopper yang juicy ini dan dapatkan Whopper junior secara percuma. Jangan ketinggalan dengan tawaran hebat ini!

Dapatkan maklumat lanjut di sini

5. Starbucks

Image via Starbucks

Dapatkan promosi beli 1 percuma 1 hingga 29 November ini. Hanya available weekend sahaja! Dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari. 

Dapatkan maklumat lanjut di sini

6. Gong Cha

Dapatkan promosi Gong Cha di Shopee, potongan sebanyak 30% untuk minuman eksklusif perisa coklat. Antara minuman yang ditawarkan, Earl Grey Chocolate Smoothie, Chocolate Marble, dan Chocolate Latte with Coffee Jelly. Sah sehingga 22 November di aplikasi Shopee. 

Dapatkan maklumat lanjut di sini

7. Famous Amos

Yay, cookies! Famous Amos menawarkan promosi online, percuma 500g untuk setiap pembelian cookies. Selain itu, anda juga berpeluang untuk mendapatkan baucer bernilai RM10 untuk setiap pembelian berjumlah RM150. Sah sehingga 15 November, online je tau...

Dapatkan maklumat lanjut di sini

8. Baksin-Robbins

Image via Baskin-Robbins

Nikmati kesegaran minuman dari BR ini. Fuhh confirm puas hati. Dapatkan milkshake, chilled affogato atau blast dengan harga RM11 sahaja. 

Dapatkan maklumat lanjut di sini

9. K Fry Urban Korean

Teringin nak makan makanan Korea? K Fry Urban Korean menawarkan promosi untuk Ultimate Dosirak lunch boxes. Dengan pembelian berjumlah RM50 hingga RM100 secara dalam talian (online), anda akan dapat potongan harga sebanyak 20%. Hanya sah untuk takeaway dan delivery je tau. 

Dapatkan maklumat lanjut di sini

10. Ippudo

Haa, kepada sesiapa yang craving Wagyu beef, ini dia... Ippudo menawarkan promosi hebat untuk menu Wagyu beef buns. Hanya dengan RM10 sahaja! Bukan tu je, dapatkan juga dua ramen di Lazada dengan berharga RM39 sahaja.

Dapatkan maklumat lanjut di sini.

Jangan lepaskan peluang ini!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dapatkan promosi dan tawaran hebat yang lain:

Dah cuba Biskutea dari Tealice yang baru?

Gajet senangkan kerja-kerja dapur yang wajib tahu:

You may be interested in: