Ini 5 Cara Untuk 'Level Up' Sarapan Anda Jadi Lebih Menyelerakan. Confirm Licin Pinggan!
Makin semangat nak sarapan setiap pagi.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Artikel ini ditaja oleh Kewpie.
Sarapan sudah menjadi rutin harian kita di rumah sebelum memulakan aktiviti harian bukan?
Kita memang sudah biasa makan sarapan yang simple seperti sandwic ataupun wrap. Cara penyediaannya juga mudah, lebih-lebih lagi di pasaran terdapat pelbagai sapuan yang sedap. Tinggal sapukan ke atas roti dan siap bukan?
Namun, ada juga perkara yang perlu dititikberatkan apabila menyediakan sarapan. Jom level up sarapan supaya jadi lebih sedap dan menyelerakan!
1. Nak buat sandwic yang tak soggy? Pastikan anda lapiskan daun salad sebelum bahan yang lain
Dengan cara ini, roti tersebut tidak akan menyerap kelembapan inti lain yang akan mengakibatkan roti itu cepat basi. Roti anda juga tahan lebih lama.
Jom cuba resepi Grab-n-Go Egg Sandwich:
Bahan-bahan:
- 4 keping roti
- 4 helai lettuce
- 1 biji telur rebus (dihiris)
- 1/2 biji tomato (dihiris)
- Kewpie Sandwich Spread Original
1. Susunkan lettuce, telur dan tomato di atas roti.
2. Letakkan sedikit Kewpie Sandwich Spread Original.
3. Kemudian, ambil sekeping roti dan letakkan atasnya. Potong separuh menjadi dua. Siap!
2. Pastikan anda toastkan wrap anda supaya dapat luaran yang crunchy!
Selepas anda sediakan wrap, anda boleh bakarkan atas kuali panas dengan sedikit minyak sehingga wrap jadi rangup. Tekstur memang ons! Ditambah lagi dengan kepingan ayam atau daging. Memang perfect.
Jom cuba resepi Grilled Chicken Tortilla Wrap:
Bahan-bahan:
- 2 keping tortilla wrap
- 150g dada ayam
- 30g tomato (dihiris)
- 40g lettuce
- 10g bawang putih (dicincang)
- Minyak zaitun
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
- Kewpie Sandwich Spread Black Pepper
1. Perapkan ayam bersama bawang putih, lada sulah dalam satu mangkuk. Ketepikan.
2. Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak zaitun. Kemudian, panggangkan ayam yang telah diperap tadi sehingga keperangan.
3. Susunkan sayur dan ayam atas tortilla wrap.
4. Letakkan sedikit Kewpie Sandwich Spread Black Pepper. Gulung dan sedia untuk dihidang!
3. Gunakan pelbagai jenis sayuran dan sos untuk dapatkan tekstur yang lebih enak untuk dimakan
Hirisan sayuran warna-warni seperti kobis ungu, timun, lada benggala bukan sahaja boleh membuatkan makanan anda lebih menyelerakan. Tambahan lagi, sayur yang berwarna-warni juga lebih padat dengan nutrien dan mengandungi antioksidan yang sihat untuk tubuh anda.
Ini resepi Chicken Burrito yang boleh anda cuba:
Bahan-bahan:
- 1 keping tortilla wrap
- 100g ayam (direbus dan dikisar)
- 30g bawang merah (dihiris)
- 20g lada benggala (dihiris)
- 30g cendawan (dihiris)
- 60g mozarella cheese
- Parsley
- Kewpie Honey Mustard Sauce
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah, lada benggala dan cendawan.
2. Kemudian, susunkan semua sayuran dan ayam atas tortilla wrap.
3. Letakkan Kewpie Honey Mustard Sauce dan mozarella cheese. Sedia untuk dihidang!
4. Pastikan pisau anda tajam semasa menghiris bahan
Pisau yang tajam akan menghasilkan hirisan yang kemas. Bahan-bahan seperti roti atau sayuran-sayuran yang dihiris pasti mempunyai saiz yang sekata dan cantik. Jika pisau anda tumpul, roti bun anda akan kelihatan tidak kemas. Confirm naik selera kalau tengok makanan cantik dan kemas kan?
Ini resepi Cheesy Egg Toast yang boleh anda cuba:
Bahan penyediaan:
- 2 keping roti bun
- 2 helai lettuce
- 2 biji telur rebus
- 1/4 biji timun (dihiris)
- Daun ketumbar
- Kewpie Sandwich Spread Cheesy Cheese
1. Hancurkan telur dan campurkan dengan Kewpie Sandwich Spread Cheesy Cheese.
2. Panaskan bun ke dalam ketuhar selama 5 minit. Keluarkan.
3. Hiris bahagian tengah bun, kemudian letakkan inti ke dalam bun.
5. Letakkan mozarella cheese untuk aroma yang lebih menyelerakan
Mozarella cheese bukan saja menjadi tarikan kanak-kanak kecil di rumah. Malah, ia merupakan satu bahan yang boleh menaikkan aroma dan selera terutamanya jika makan bersama roti kosong saja. Kalau letak bahan ini dalam makanan, confirm semua berebut!
Jom cuba resepi Piza Roti:
Bahan-bahan:
- Roti
- Mozarella cheese
- Sos cili
- Sos keju
- Oregano secukup rasa
- Sosej
- Tomato ceri
- Kewpie Italian Pizza Spread
Cara penyediaan:
1. Mula-mula sapukan sos cili, sos keju dan Kewpie Italian Pizza Spread atas roti.
2. Kemudian, susunkan sosej dan tomato ceri atas roti. Taburkan mozarella cheese dan oregano secukup rasa.
3. Bakar roti dalam air fryer selama 5 minit. Siap!
Satu lagi cara nak 'level up' sarapan anda, kini tidak perlu lagi gabungkan dua sos untuk rasa yang lebih menyelerakan.
Keluaran baru Kewpie Chilli Mayo membawakan rasa yang unik dan autentik untuk penggemar pedas!
Kewpie Chilli Mayo merupakan antara produk terbaru. Rasa pedas yang kaw ini akan menyempurnakan lagi kenikmatan setiap hidangan anda. Paling penting, ia mempunyai sijil halal. Hadir dengan botol yang mudah digunakan, hanya perlu tuang saja!
Tunggu apa lagi? Jom serbu Kewpie Chilli Mayo ini dengan hanya RM10.10 saja di Shopee.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!