makan

5 Masakan Bujang Bawah 20 Minit Yang Ringkas & Murah Untuk Dihasilkan. Wajib Try!

Resepi ringkas dan lazat untuk si bujang di luar sana!

Cover image via MyResipi

1. Daging Kisar Goreng

Daging Kisar Goreng

Image via MyResipi

Daging kisar sangat mudah untuk disediakan kerana ia mengambil masa yang singkat untuk dimasak. Resepi Daging Kisar Goreng ini pula dipenuhi dengan cendawan dan lada benggala yang sangat mengenyangkan. Hidangan ini sesuai dihidangkan dengan nasi, roti mahupun burrito wrap.

Dapatkan resepi penuh Daging Kisar Goreng di sini.

2. Kerabu Mi Segera

Kerabu Mi Segera

Image via MyResipi

Resepi Kerabu Mi Segera ini pasti menaikkan selera sesiapa sahaja kerana rasanya yang masam, manis dan pedas. Cara menyediakan juga begitu mudah sekali. Anda hanya perlu mencelur makanan-makanan laut dan mi segera dan menggaulkan semua bahan-bahan. 

Dapatkan resepi penuh Kerabu Mi Segera di sini

3. Telur Gulung

Telur Gulung

Image via MyResipi

Selalunya kita lihat telur dadar disediakan dalam hidangan Nasi Bujang. Untuk resepi Telur Gulung ini, anda boleh menaikkan taraf telur goreng biasa dengan menambah bahan-bahan lain seperti daun sup dan cili merah dan menukar cara-cara memasaknya. Sedap dan senang! 

Dapatkan resepi penuh Telur Gulung di sini

4. Sambal Ikan Sardin

Sambal Ikan Sardin

Image via MyResipi

Sardin merupakan salah satu bahan dapur yang murah dan sesuai untuk mereka yang bujang. Cara menyediakannya pun senang sekali tetapi untuk resepi Sambal Ikan Sardin ini, sardin dimasak dengan sambal untuk menambahkan lagi oomph

Dapatkan resepi penuh Sambal Ikan Sardin di sini

5. Mi Segera Goreng

Mi Segera Goreng

Image via MyResipi

Mi segera memang sinonim dengan si bujang tetapi bagaimana jika kita menaikkan taraf hidangan ini dengan resepi Mi Segera Goreng ini. Anda hanya perlu menambahkan bahan-bahan asas dapur seperti kicap, bawang putih, bawang merah dan lain-lain. Hasilnya sangat memuaskan!

Dapatkan resepi Mi Segera Goreng di sini.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom cuba resepi-resepi mudah ini pula: