makan

McDonald's Kini Hidang Foldover Ikan, Pai Pisang Dan Banyak Lagi Menu Baru Yang 'Best'

Banyaknya menu baru, tak tahu nak pilih yang mana!

Cover image via Alyssa J. Oon/SAYS & YC Beauty Box/Facebook

Sempena Ramadan ini, McDonald's Malaysia akan mengeluarkan beberapa menu baharu!

Image via GIPHY

Menu yang anda nanti-nantikan..... Ayam goreng dengan sos cili manis McD!

Ayam goreng McDonald's memang tiada tandingan. Setiap versi ayam goreng yang mereka keluarkan pasti menjadi kegemaran ramai.

Dan kali ini, McDonald's mengeluarkan ayam goreng baharu bersama sos cili manis yang mempunyai kick dan sedap hingga menjilat jari!

Ayam goreng ini boleh didapati mulai hari Jumaat, 24 April bersempena dengan promosi 'Indahnya Ramadan' McDonald's.

McDonald's juga telah mengeluarkan Crispy Fish Foldover sebagai variasi Grilled Chicken Foldover kegemaran ramai!

Siapa tidak mengenali Grilled Chicken Foldover McDonald's? Malah, ramai yang nanti-nantikan menu ini setiap Ramadan.

Sekarang, anda boleh nikmati Crispy Fish Foldover baharu dan juga Grilled Chicken Foldover dari McD dengan hanya RM14.14.

Image via Sis Lin 76

Jangan dilupakan juga Nasi Lemak McD bersama dua ketul ayam goreng rangup dan telur goreng untuk Ramadan ini. Menu ini amat sesuai untuk dijadikan sahur dan juga juadah berbuka puasa! 

Nikmati juga aiskrim dan pie perisa pisang yang baharu di McDonald's!

Menu aiskrim McDonald's memang tidak pernah mengecewakan! Kali ini, McDonald's telah mengeluarkan beberapa menu dessert baharu berperisa pisang! Antara menu-menu nya adalah Banana Sundae, Chocolate Banana McFlurry dan  Chocolate Banana Pie!

Nikmati aiskrim bersama sos pisang manis ini apabila anda memesan Banana Sundae ataupun Chocolate Banana Mcflurry dari McDonald's berdekatan anda. Selain itu, jangan lupa untuk cuba Chocolate Banana Pie mereka yang mengandungi pisang dan juga coklat di dalamnya!

Selain dari menu diatas, McD juga telah mengeluarkan air berperisa kurma yang boleh didapatkan di McCafe

Apa lagi yang dapat melengkapi menu ramadan ini kalau bukan air kurma?

McDonald's telah mengeluarkan air Iced Kurma Latte, Iced Kurma Milk dan juga Iced Kurma sempena ramadan ini. Minuman kurma ini diperbuat menggunakan ekstrak kurma asli dan memberikan kemanisan semulajadi kepada minuman.

Jadi apa anda tunggu lagi? Dapatkan minuman kurma ini di pandu lalu McDonald's ataupun takeaway!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Nak masak kat rumah? Jom tengok resepi-resepi ini:

You may be interested in: