makan

Nikmati Daging Premium & 160 Jenis Makanan Tanpa Had Di Restoran Di Damansara Ini. Puas!

Nikmati daging premium sepuas hati anda di Pak John Steamboat & BBQ!

Cover image via Seismik Makan

Anda seorang karnivor yang suka menikmati daging premium pada harga yang berpatutan? Kami ada berita baik untuk anda.

Restoran Pak John Steamboat & BBQ di eCurve Damansara dan IOI City Mall Putrajaya menyediakan lebih dari 160 pilihan makanan hanya pada RM45.90!

Image via giphy.com

Hidangan barbeku dan steamboat memang menyeronokkan terutama sekali apabila dinikmati bersama ahli keluarga dan rakan-rakan kerana anda boleh berkongsi makanan disamping dikelilingi dengan suasana yang sangat meriah. 

Baru-baru ini, kami telah mengunjungi cawangan Pak John Steamboat & BBQ di eCurve. Rambang mata kami dibuatnya!

Image via Seismik Makan

Tetapi sebelum kami boleh serang bahagian bufet, kami perlu memilih sup terlebih dahulu. Antara sup yang terdapat di restoran ini ialah sup tomyam, prawn, kari, miso dan ayam. Kami paling menggemari sup tomyam kerana mempunyai rasa masam dan pedas yang memang kaw. Manakala, sup kari pula memang kaya dengan rasa rempah ratus. Sesuai untuk anda yang mahukan sedikit kick!

Sup miso juga sedap dan sesuai untuk anda yang tidak tahan pedas. Rasanya yang penuh umami pasti akan menaikkan selera anda. Manakala sup kari pula kaya dengan rempah ratus yang sangat memuaskan.  

Apa yang menarik tentang Pak John Steamboat & BBQ ialah mereka menyediakan pilihan daging premium dan segar tanpa had

Lihat gambar-gambar yang menyelera di bawah:

Australian Beef Slices, New Zealand Lamb Slices, Smoked Duck Slices

Image via Seismik Makan

Smoked Duck Slices

Image via Seismik Makan

Antara daging yang boleh didapati di restoran ini ialah Australian beef slices, New Zealand Beef Slices, New Zealand lamb slices, dan juga smoked duck breast slices. Setiap pilihan daging premium yang disediakan dijamin segar dan boleh dinikmati tanpa had. 

Marinated Meat

Image via Seismik Makan

Selain dari hirisan daging, restoran ini juga menghidangkan daging-daging yang diperap seperti black pepper beef, sweet soya chicken, spicy chicken dan banyak lagi! Makanan-makanan laut segar seperti kepah, lala dan sotong juga ada untuk peminat-peminat seafood :D

Kami paling suka sekali menikmati beef slices dengan mencelupkan daging ke dalam sup yang mendidih untuk beberapa saat

Image via Seismik Makan
Image via Seismik Makan

Disebabkan daging dihiris nipis, ia tidak memerlukan jangka masa yang lama untuk dimasak. Antara favourite kami ialah New Zealand Lamb Slices kerana rasa daging kambing yang sangat manis disamping tesktur daging yang begitu tender sekali. Walaupun dicelur sekejap, daging masih menyerap rasa sup yang enak. Memang layan!

Selain steamboat, anda juga boleh daging-daging perapan dan makanan-makanan laut yang dibarbeku

Image via Seismik Makan
Image via Seismik Makan

Daging-daging seperti black pepper beef, sweet soya chicken dan daging itik enak jika dipanggang. Pasti bertambah banyak kali punyalah! Lagi-lagi dicicah dengan pelbagai pilihan sos seperti sos belacan, sos cili Thai merah dan hijau, sos manis dan sos cili super-hot. Memang syiok lah! 

Selain dari daging, Pak John juga menyediakan sayur-sayuran dan surimi yang pelbagai! Bermacam-macam pilihan anda, asalkan jangan tamak :D 

Bukan itu sahaja, restoran ini juga mempunyai 'dessert bar' yang menarik sekali!

Image via Seismik Makan

Setelah selesai menikmati daging, singgah pula ke bahagian pencuci mulut untuk ais kacang dan waffle. Anda boleh mengubahsuai ais kacang mengikut cita rasa anda. Anda juga boleh menambah ais krim. Manakala waffle juga terdapat pelbagai perisa seperti coklat, mentega kacang, strawberi, dan banyak lagi. Bukan biasa-biasa tau!

Teringin nak cuba? Dapatkan info penuh Pak John Steamboat & BBQ di sini:

Image via Seismik Makan

Cawangan eCurve Damansara

Alamat: E@curve Mall, 2, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47820 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi: 10.00 pagi -10.00 petang

No. Telefon: +603-7733 3913

Cawangan IOI City Mall Putrajaya

Alamat: GE-11, Ground Floor, IOI City Mall, Lebuh IRC, Ioi Resort, 62502 Putrajaya.

Waktu Operasi: 10.00 pagi - 10.00 malam

No. Telefon: +603-8957 1128

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Facebook | Website 

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Anda gemar menikmati daging? Jom check out tempat-tempat ini:

You may be interested in: