makan

5 Dessert Berasaskan Jagung Yang 'Simple' Tapi Istimewa Untuk Hari Malas Anda. Mudah Je!

Jom cuba resepi pencuci mulut jagung yang senang tapi sedap ni. Memang tak akan menyesal!

Cover image via myresipi

1. Resepi Mufin Jagung Kukus

Mufin Jagung Kukus

Image via MyResipi

Resepi Mufin Jagung Kukus ini hidangan yang simple kerana anda tidak perlu menggunakan ketuhar pun. Malah, mufin ini sangat gebu dan lembut kerana menggunakan teknik kukus. Topping jagung juga memberikan mufin ini tekstur yang sangat menarik. Memang sedap! 

Dapatkan resepi Mufin Jagung Kukus di sini

2. Resepi Puding Jagung

Puding Jagung

Image via MyResipi

Pencuci mulut Puding Jagung yang enak ini sememangnya kegemaran orang ramai. Rasanya yang lemak manis kastad digabungkan dengan rasa jagung. Syok betul! Resepi ini juga sangat mudah kerana menggunakan 5 bahan sahaja. Sangat sesuai buat anda yang ingin menyediakan dessert yang murah dan ringkas. 

Dapatkan resepi Puding Jagung di sini

3. Resepi Talam Jagung

Talam Jagung

Image via MyResipi

Kuih talam semestinya disukai ramai, tetapi bagaimana pula dengan kuih Talam Jagung? Pasti laku! Rasa lemak santan memang sesuai dipadankan bersama jagung kerana mempunyai keseimbangan rasa manis dan masin. Selain itu, resepi ini juga hanya menggunakan bahan-bahan asas dapur seperti tepung beras, tepung kastad dan santan. 

Dapatkan resepi Talam Jagung di sini.

4. Resepi Bubur Jagung Manis

Bubur Jagung Manis

Image via MyResipi

Cakap sahaja tentang pencuci mulut jagung, anda pasti teringat akan Bubur Jagung Manis. Resepi klasik ini memang sedap dinikmati bila-bila masa sahaja kerana rasanya yang begitu comforting sekali. Resepi ini juga sangat mudah untuk dihasilkan kerana anda hanya perlu menggabungkan semua bahan dan renehkan sahaja. 

Dapatkan resepi Bubur Jagung Manis di sini

5. Resepi Puding Jagung Lapis Biskut

Puding Jagung Lapis Biskut

Image via MyResipi

Untuk variasi dessert jagung yang unik dan moden, anda wajib sekali mencuba resepi Puding Jagung Lapis Biskut ini. Resepi ini memang enak kerana mempunyai lapisan biskut dan puding yang memberikan tekstur menarik sekali. Sesuai untuk anda yang mahukan sesuatu yang lain daripada lain! 

Dapatkan resepi Puding Jagung Lapis Biskut di sini

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi menarik di sini: