5 Resepi 'Desserts' Durian Simple & Klasik Yang Anda Wajib Tahu Masak. Memang Marvelous!
Jom hasilkan resepi pencuci mulut durian yang mudah dan enak ini!
1. Pulut Kuah Durian
Pulut Kuah Durian ini merupakan dessert yang klasik dan diminati ramai. Ini kerana rasa pulut yang sesuai dinikmati dengan apa sahaja terutamanya durian. Rasa lemak manis durian dan pulut yang harum sememangnya pasangan yang tidak boleh dipisahkan!
Dapatkan resepi penuh Pulut Kuah Durian di sini.
2. Serabai & Kuah Durian
Kuih serabai sememangnya enak tetapi bagaimana pula jika dinikmati bersama kuah durian? Lagi nikmat! Kuih serabai yang gebu memang sesuai untuk dicicah kerana boleh menyerap kuah durian dengan bagus. Sekali makan, anda pasti nak lagi!
Dapatkan resepi penuh Serabai & Kuah Durian di sini.
3. Seri Muka Durian
Untuk kuih yang unik, resepi Seri Muka Durian ini sangat sesuai untuk anda. Rasa durian yang dipadankan dengan gula perang mempunyai rasa yang begitu luar biasa ibarat karamel. Walaupun resepi ini memerlukan banyak langkah penyediaan seperti menghasilkan topping dan pulut, tetapi hasilnya berbaloi sekali!
Dapatkan resepi penuh Seri Muka Durian di sini.
4. Pulut Inti Durian
Untuk kuih yang istimewa dan mudah, anda wajib sekali mencuba resepi Pulut Inti Durian ini kerana ia hanya memerlukan 7 bahan sahaja. Walaupun mudah, kuih ini mempunyai rasa yang menakjubkan kerana terdapat gabungan durian, kelapa parut dan juga gula merah. Wajib cuba!
Dapatkan resepi penuh Pulut Inti Durian di sini.
5. Pengat Durian Bonda
Resepi Pengat Durian Bonda ini mempunyai rasa durian yang sangat mantap. Memang sesuai dinikmati dengan pulut kerana rasanya yang seimbang. Cara penyediaannya sangat mudah kerana andan hanya perlu menggabungkan semua bahan-bahan dalam satu kuali sahaja.
Dapatkan resepi penuh Pengat Durian Bonda di sini.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!