Hasilkan 8 Kuih Nyonya Kegemaran Anda Menggunakan Resipi-Resipi Ringkas Ini. Mudah Betul!
Kuih Seri Muka, Kuih Sagu Delima dan 6 lagi resipi kuih Nyonya yang sangat senang untuk dihasilkan di rumah.
1. Onde-Onde
Juga dikenali sebagai buah melaka, kuih ini memang sukar untuk didapati di gerai pada masa kini. Selalunya hanya boleh dijumpai di bazaar pada bulan ramadan dan raya.
Hasilkan kuih onde-onde berinti gula melaka dan disaluti kelapa parut yang lazat menggunakan resipi ini.
Dapatkan resipi penuh onde-onde di sini.
2. Seri Muka
Semua saja sukakan kuih talam tradisi ini, bukan? Selalunya boleh saja dijumpai di gerai nasi lemak tepi jalan, tapi kebanyakkan tidak berapa sedap untuk dinikmati. Anda boleh menghasilkan kuih seri muka yang enak dengan ringkas sekali menggunakan resipi ini.
Dapatkan resipi penuh Seri Muka di sini.
3. Sagu Delima
Memang senang untuk mendapati kuih popular ini di rata-rata tempat, tetapi lagi senang untuk dibuat sendiri di rumah. Anda hanya perlukan 6 bahan untuk membuat kuih enak ini, iaitu sagu, daun pandan, air, gula, pewarna, garam dan kelapa muda parut.
Dapatkan resipi penuh Sagu Delima di sini.
4. Kuih Lompang Pandan
Satu lagi jenis kuih yang sukar untuk dijumpai, anda boleh menghasilkan kuih tradisi ini dengan ringkas sekali menggunakan resipi ini. Resipi ini akan mendapatkan anda kuih lompang yang wangi dengan penggunaan daun pandan. Hidangkan kuih bertekstur lembut ini bersama kelapa parut muda, dan secawan kopi untuk minum petang. Pasti terangkat selera tetamu anda!
Dapatkan resipi penuh Kuih Lompang Pandan di sini.
6. Kuih Lapis Merah
Kuih lapis antara kuih staple di meja makan orang Malaysia yang disukai semua! Anda hanya memerlukan 7 bahan untuk membuat satu resipi kuih ini. Untuk membuatkan kuih ini berupa lagi istimewa, anda boleh menggunakan pelbagai lagi wara untuk membuatkan lapisannya berupa seiras pelangi. Tetamu pasti akan terkagum dengan masakan anda!
Dapatkan resipi penuh Kuih Lapis Merah di sini.
7. Pulut Inti Manis
Jika anda penggemar hidangan pulut, pastikan anda cuba resipi ini. Selalunya dimakan untuk minum petang, kuih ini pulut yang cukup berlemak yang dihidangkan dengan kelapa parut muda yang telah dimasakkan bersama gula merah, gula putih dan daun pandan. Cukup padu!
Dapatkan resipi penuh Pulut Inti Manis di sini.
8. Apam Mekar
Selalu dihidangkan sebagai camilan di majlis-majlis istimewa, apam mekar sangat sesuai untuk dihidangkan di atas desset table anda kerana rupanya yang cantik dan berwarna-warni. Hasilkan apam mekar cukup lembut dan gebu menggunakan resipi ini!
Dapatkan resipi penuh Apam Mekar di sini.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!