Aiskrim Durian RM1 Ini Boleh Anda Nikmati Di Damansara Utama. Serbu Jom!
Aiskrim durian kampung dan Musang King hanya di Fruits Farm In The City!
Apabila cuaca panas terik, memang sedap jika dapat menikmati aiskrim.
Rakyat Malaysia sememangnya menggemari buah durian. Tetapi bagaimana pula dengan aiskrim perisa durian?
Fruits Farm In The City sememangnya sebuah hidden gem di Damansara Utama yang menjual aiskrim soft-serve durian. Aiskrim ini pasti akan menyegarkan anda pada cuaca panas terik. Selain dari aiskrim, kedai ini juga terkenal dengan pelbagai pilihan buah-buahan yang organik dan segar.
Aiskrim Kampong Durian di Fruits Farm In The City dijual hanya pada RM1 sahaja!
Lihat gambar-gambar di bawah:
Pada harga yang sangat murah, aiskrim Kampong Durian ini sememangnya sangat berbaloi. Rasa durian kampong aiskrim ini memang sangat menyerlah disamping mempunyai sedikit rasa susu dan vanila.
Jika anda peminat durian kampung, anda pasti akan jatuh cinta dengan aiskrim ini kerana rasanya yang seakan-akan sama.
Untuk rasa durian yang lebih ekstra, anda juga boleh mencuba aiskrim Musang King (RM5) atau Kampong Durian + Musang King (RM3)
Aiskrim Musang King mempunyai rasa yang lebih manis berbanding dengan Durian Kampong. Disebabkan aiskrim ini menggunakan isi durian Musang King, rasanya juga lebih lemak berkrim. Memang khas buat anda yang mempunyai sweet tooth.
Manakala aiskrim Kampong Durian + Musang King pula menggabungkan kedua-dua perisa aiskrim untuk anda yang mahukan rasa susu dari durian kampong dan juga lemak manis dari Musang King. Memang syok!
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!