makan

7 Hidangan Penuh Protein Untuk Anda Mulakan Gaya Hidup Yang Lebih Sihat

Makanan kaya protein memang penting supaya badan anda dapat berfungsi dengan efisien sekali!

Cover image via My Resipi

1. Goreng Kacang Kuda & Kubis

Goreng Kacang Kuda & Kubis

Image via My Resipi

Hidangan ini antara cara yang paling ringkas dan sedap untuk menikmati kacang kuda. Juga dikenali sebagai kacang garbanzo, kacang ini merupakan salah satu bahan masak yang paling sihat di dunia.

Mengandungi pelbagai khasiat, kacang ini boleh membantu anda meningkatkan proses pencernaan, mengekalkan paras glukosa dalam darah dan dapat mengekalkan kekenyangan anda lebih lama. Selain itu, kacang kuda juga mengandungi kandungan protein yang sangat tinggi dan sangat elok untuk anda yang sedang 'bulking'.

Dapatkan resipi penuh Goreng Kacang Kuda & Kubis di sini.

2. Bubur Oat Ayam

Bubur Oat Ayam

Image via My Resipi

Bijirin oat adalah alternatif yang sangat baik jika anda sedang kurangkan pengambilan nasi putih. Dengan rasanya yang neutral, oat memang sesuai untuk dinikmati dengan cara sweetataupunsavoury.

Oats sangat kaya dengan khasiat-khasiat seperti kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink dan vitamin-E. Hidangan ini memang lain daripada yang lain, sangat tasty,dan dapat membekalkan anda tenaga untuk menjalankan aktiviti harian dengan cergas.

Dapatkan resipi penuh Bubur Oat Ayam di sini.

3. Telur Dadar Udang

Telur Dadar Udang

Image via My Resipi

Resipi ini sangat sesuai untuk anda yang sedang mengurangkan pengambilan karbohidrat pada malam hari. Dengan hanya menggunakkan 8 bahan, anda akan dapat menghasilkan hidangan makan malam yang cukup lazat, dan cukup berkhasiat.

Untuk pengetahuan anda, satu biji telur bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 6 gram protein dan membuatkan telur salah satu sumber protein yang terbaik di dunia! 

Dapatkan resipi penuh Telur Dadar Udang di sini.

4. Salad Tuna

Salad Tuna

Image via My Resipi

Salad Tuna ini memang ringkas untuk dibuat jika anda singkat masa. Dengan hanya menggunakan ikan tuna dalam tin dan 7 bahan mentah lain, anda boleh membuat salad sihat ini dalam kurang daripada 15 minit! 

Kerana menggunakan ikan tuna, anda dapat banyak manfaat kesihatan daripada hidangan ini, termasuklah nutrien omega-3 yang banyak yang dapat mengurangkan kolesterol dan mengawal kestabilan darah dalam badan anda. 

Dapatkan resipi penuh Salad Tuna di sini.

5. Salad Ayam Bakar

Salad Ayam Bakar

Image via My Resipi

Tak minat salad ikan tuna? Anda bolehlah cuba membuat Salad Ayam Bakar ini yang juga memang cukup lazat untuk dimakan dan memberikan anda banyak manfaat kesihatan.

Dengan menggunakan bahan-bahan campur seperti timun Jepun, tomato, lada benggala hijau, daun pudina dan daun lettuce, salad ini memang enak dimakan dengan pelbagai tekstur dan rasa semua bahan-bahan ini. Tambah lagi dengan sos salad yang diperbuat dengan yogurt dan jus lemon, memang lazat! 

Dapatkan resipi penuh Salad Ayam Bakar di sini

6. Stew Ayam

Stew Ayam

Image via My Resipi

Jika anda malas masak, tapi nak makan healthy, resipi ini memang khas untuk anda. Stew adalah hidangan yang sangat senang untuk dimasak, dan lazat untuk dimakan. Campak-campak bahan dalam satu periuk, tinggal sekejap, pastu dah siap!

Dengan menggunakan pelbagai bahan mentah yang berkhasiat seperti dada ayam, lobak merah, halia, bawang merah, daun sup dan banyak lagi, stew ini memang kaya dengan nutrien-nutrien yang anda perlukan seharian. Makan stew ini dengan nasi beras perang memang sedap! 

Dapatkan resipi penuh Stew Ayam di sini

7. Ayam Panggang Pudina

Ayam Panggang Pudina

Image via My Resipi

Jika anda peminat ayam pangang ala Nandos atau Kenny Rogers, resipi ini pasti dapat memikat selera anda. Dengan perapan ayamnya yang menggunakan daun pudina, minyak zaitun dan jus lemon, rasa hidangan ini sangat unik dan sedap! 

Anda boleh menikmati ayam panggang ini dengan salad campur dan roti wholemeal bakar untuk membuatkan hidangan ini lagi sihat.  

Dapatkan resipi penuh Ayam Panggang Pudina di sini

Dapatkan lagi resipi-resipi yang healthy di bawah: