makan

Ini Resepi Viral Pasta Versi Gigi Hadid Yang Creamy & Sedap. Kaki Pasta Wajib Cuba!

Model terkenal di dunia ni dah try masak, sekarang giliran anda pula.

Cover image via @missbella.kitchen (Instagram) & Easy Peasy Pan (Youtube)

Dah cuba ke resepi pasta viral oleh model terkenal, Gigi Hadid? Model terkenal ini telah berkongsi resepi pasta di Instagramnya dan mendapat sambutan hangat!

Image via Pop sugar

Resepi ini telah viral dan diubah suai oleh pemilik akaun Twitter, Bella Salleh

Perkongsian Bella mendapat sebanyak 3K "Retweets". Pasta rasa creamy dan berlemak ini pasti akan menggamit selera anda semua. Haa, kepada sesiapa yang gemar pizza, boleh lah try pasta ni! Jom check out resepi ini. 

Bahan yang diperlukan:


  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan pes tomato
  • 2 cili mata burung (boleh juga digantikan dengan cili merah)
  • 1 cawan cooking cream
  • 2 sudu kecil chilli flakes
  • 2 sudu kecil basil
  • 1 sudu kecil paprika
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • Gula secukup rasa
  • 2 cawan pasta (yang telah direbus)
  • 1/2 cawan parmesan
  • 2 sudu besar butter

Cara penyediaan:

1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah dengan sedikit olive oil sehingga naik bau.
2. Masukkan pes tomato dan kacau.
3. Masukkan cili, cooking cream, chilli flakes, basil, paprika dan lada hitam. Tambahkan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga sebati. 

4. Masukkan pasta, parmesan dan butter. 

Siap dah pun pasta Gigi Hadid! Tunggu apa lagi? Jom cuba! Confirm sekali ngap pasti nak lagi...

Dapatkan video penuh di sini:

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Betul ke expert kuih tradisional? Jom cuba ni!

Inginkan resepi pasta yang lain:

Takda idea nak minum petang? Check out sini: